BUKIT MERTAJAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun
mati apabila lapan ahli keluarganya termasuk pembantu rumah warga
Indonesia menjalankan upacara pemujaan dengan menindih tubuhnya di Bukit
Minyak di sini malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai
Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah berkata kejadian pukul 10 malam itu
disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan berkunjung ke rumah
itu.
“Saksi yang curiga melihat pintu utama rumah tidak berkunci
segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama.
“Apabila
lelaki berkenaan mendapati pintu bilik itu berkunci dan penghuni yang
berada di dalam enggan membuka pintu, dia segera memaklumkan kejadian
kepada polis,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Azman
berkata polis terpaksa memecah masuk bilik itu sejurus tiba di lokasi
kejadian dan mendapati kanak-kanak itu sedang ditindih kesemua suspek.
Azman
berkata hasil siasatan awal, suspek yang berusia antara 16 tahun hingga
67 tahun sedang melakukan upacara pemujaan dan jampi atas sebab yang
tidak diketahui.
“Polis yakin kanak-kanak itu baharu sahaja mati
berdasarkan keadaan mayatnya yang masih panas dan sebab kematiannya
dipercayai berpunca daripada sesak nafas,” katanya.
Katanya suspek
yang terdiri daripada ibu, bapa, nenek, bapa saudara, ibu saudara, dua
sepupu beserta pembantu rumah terbabit ditahan reman selama lima hari
bermula hari ini di IPD SPT bagi membantu siasatan.
Beliau berkata
mayat kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Seberang
Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. -BERNAMA
p/s : Memang bodoh.. kesian baby tuh..
Sumber : Here
am i first?
ReplyDeleteaku tak kisah pun 2nd--tania
ReplyDeletemeleis ke
ReplyDeleteada orang kisah kau na 1st ke ta!
ReplyDeleteorg2 yg amek kisah kau 1st suma anak cipanzi ta reti fikir.
kurg didkn agama....
ReplyDeletebkn umo 2 tahun ke??
ReplyDeletearghhhh, macam haram buat pemujaan. geram tul aku dgr kes2 cmni >< nyawa innocent kid jadi taruhan
ReplyDeleteAPE LAAA BODOH SGT,,
ReplyDeleteX ABES2 DGN FIRST TU,ERMMMM
F*,ajaran sesat ke ape?!
ReplyDeletebodoh btol bangang btol.... ni melayu ke pe??? klu melayu mmg bodo tahap sial pny bodo.. klu bangsa lain pn ksian... ank kcik jd mangsa... mmg bodo giler.... hey x kna hukuman gantung ke sume setan tuh???
ReplyDelete