Wednesday 8 August 2012

Kesian : 500 Duri Landak Terpacak Pada Muka Anjing (Gambar)


NORMAN: Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor landak hingga menyebabkan 500 duri landak melekat pada mukanya.

Mereka percaya sebahagian duri berkenaan masih berada di dalam tubuh Bella Mae meskipun anjing itu kini pulih daripada serangan itu.

Jerry dan isteri, Allison Noles memberitahu stesen televisyen KWTV bahawa anjing itu bermain dengan haiwan peliharaan mereka yang lain berhampiran kolam keluarga itu apabila mereka berdepan dengan seekor landak.

Keluarga itu percaya landak terbabit berada di kolam mereka untuk meminum air yang kini sukar didapati di Oklahoma.

Pasangan itu yakin Bella Mae berada terlalu rapat dan mencetuskan kemarahan landak berkenaan, menyebabkan ia melancarkan serangan.

Doktor veterinar di Pusat Kesemasan Untuk Haiwan, Leonardo Baez memberitahu KWTV, dia belum pernah melihat serangan landak sebegitu teruk ke atas haiwan peliharaan. - DM

p/s : Kesian anjing tu.. 

Sumber : here

12 comments:

  1. first!!vavi...

    ReplyDelete
  2. kesiannya..tentu sakit muka anjing tu...

    ReplyDelete
  3. kena mata naya la jawabnya....terus bersara je la...

    ReplyDelete
  4. ha,ni makan die!!

    ReplyDelete
  5. daging landak masak lemak..fuhh sedapnyeee..

    ReplyDelete
  6. bestnye klau dapat cabut dgn sepit satu2 duri dari muka anjing tu....cam cabut uban. kahkahkah

    ReplyDelete
  7. anjing black metal...pacak duri2

    ReplyDelete
  8. daging landang bapak ko..landak bodoh

    ReplyDelete
  9. marilah same2 kite mnjage tata tertib dlm mengomen dlm blog. jadi lah warga yg bertamadun walopun anonymus.

    ReplyDelete