BEIJING – Seperti pepatah “buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas
jahat,” begitulah takdir menimpa seorang pelajar yang cuba ponteng
sekolah semalam.
Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, De Fang menderita kesakitan amat sangat selepas bahunya ditembusi pagar sekolah. De, 16, dilaporkan melarikan diri dari kelas dan memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China.
Bagaimanapun, dia tersilap langkah dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya. Media tempatan melaporkan, De menjerit sekuat hati untuk meminta tolong.
Dia bernasib baik kerana suaranya segera didengari pelajar lain yang bertindak pantas menghubungi pihak sekolah. Anggota bomba kemudian dikejarkan ke sekolah untuk menyelamatkan De.
Saksi
berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk
beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan. Dia
kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk menjalani pembedahan
kecemasan.
Jurucakap hospital berkata, doktor memerlukan masa
kira-kira sejam untuk mengeluarkan bilah besi itu sebelum dapat merawat
kecederaannya. Sementara itu, De berkata, dia berasa begitu gementar
ketika melompat pagar berkenaan.
Keadaan itu, katanya, menyebabkan
tapak tangannya basah kerana berpeluh. “Saya tersalah langkah dan
tergelincir ketika memanjat pagar,” katanya.
Sumber : Here
Fasts & first
ReplyDeleteEMO
ReplyDeletekahkah padan
ReplyDeleteSATE bahu...
ReplyDeletepadan muka
ReplyDeletesekolah malaysia pun patut pasang pagar mcm ni gak.. baru padan muke dorg... ni sampai aku nak kuar pun xleh... penuh je dlm tren muke budak sekolah...klu ari cuti xpe lg, ni time skolah pun semak gak..
ReplyDelete