1. Bendera Amerika.
Menurut laporan
daripada Persatuan Pengilang Bendera Amerika, mereka telah mengimport
bendera Amerika yang bernilai USD$22 juta daripada tahun 2005 hingga
2009. Majoriti pengilang bendera ini adalah daripada China. Pada tahun
2001, mereka telah mengimport bendera Amerika yang berjumlah USD$51.7
juta termasuk USD$34.8 juta dalam bulan Oktober sahaja.
2. Bola Lisut
Lebih 80%
pengeluaran bola lisut yang menjadi sukan kegemaran warga Amerika
Syarikat berasal dari China dan setiap bola lisut yang digunakan dalam
kejohanan Major League Baseball dibuat oleh sebuah kilang yang terletak
di Costa Rica. Tambahan pula, setiap bola lisut tersebut dibuat
menggunakan tangan dan bukan mesin.
3. Hot Dogs.
Hot dogs sebenarnya
berasal daripada Jerman dan asal-usulnya melibatkan golongan imigran
daripada negara Jerman itu sendiri. Menurut fakta, hidangan sosej yang
dihimpit dengan roti panjang ini telah wujud di Jerman sejak abad ke-13
lagi. Pada zaman tersebut, ramai yang berpendapat bahawa daging sosej
yang digunakan itu diperbuat daripada daging anjing berdasarkan nama
yang digunakan iaitu 'hot dogs'.
4. Kereta Amerika.
Ramai yang
menyangka bahawa kereta yang berjenama Ford, GM, dan Chrysler merupakan
produk sejati Amerika namun ia terbukti salah kerana model domestiknya
diperbuat dari Kanada dan Mexico. Tambahan pula, walaupun kebanyakkan
kereta tersebut dibuat di Amerika namun, alat ganti dan aksesorinya
dibuat dari luar Amerika Syarikat.
5. Anak Patung.
Anda sangka anak
patung yang berharga USD$100 ke atas dan bernama "American Girl" dibuat
100% di Amerika? Anda salah, kerana semenjak tahun 1980an, anak patung
ini telah dibuat di Jerman dan kini di China.
6. The Statue of Liberty.
Mungkin kebanyakkan
anda tahu bahawa patung Statue of Liberty ini merupakan hadiah daripada
pihak Perancis kepada pihak Amerika Syarikat. Namun, tidak ramai yang
tahu bahawa setiap komponen dan bahan binaan patung ini dibina di
Perancis dan dibawa ke Amerika Syarikat melalui kapal laut.
Sumber : here
1st... noob behind me...
ReplyDeleteamarekaa!!!!!
ReplyDeletebutoh amerikano
ReplyDeletebetul amerika apa pun x da
ReplyDeletesial amerika.. suka2 nya aja mengklaim hak orang..! mujur saja enggak klaim budaya kami(indon) puihhh sama amarika.. idop indon !
ReplyDeleteamerika nak klaim budaya indon/rumpun melayu watpe. bg dorang tu budaya kolot. haha
ReplyDeletehok alohhh.. amerikaaaaaa mu ni.. hahha
ReplyDelete