Tuesday 28 August 2012

Berita : Reaksi Samsung Apabila Kalah Dengan Sebiji Buah Epal (3 Gambar)



Selepas setahun pertikaian di mahkamah membabitkan Samsung dan Apple, seorang juri di Amerika Syarikat (AS) kelmarin memutuskan pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan itu didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone dan iPad.

Susulan keputusan tersebut, panel juri sebuah mahkamah memerintahkan syarikat Samsung untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) kepada Apple.

Berikut reaksi Samsung selepas keputusan mahkamah tersebut:

         Today's verdict should not be viewed as a win for Apple, but as a loss for the American consumer. It will lead to fewer choices, less innovation, and potentially higher prices. It is unfortunate that patent law can be manipulated to give one company a monopoly over rectangles with rounded corners, or technology that is being improved every day by Samsung and other companies. Consumers have the right to choices, and they know what they are buying when they purchase Samsung products. This is not the final word in this case or in battles being waged in courts and tribunals around the world, some of which have already rejected many of Apple's claims. Samsung will continue to innovate and offer choices for the consumer.



Apple pula mengeluarkan kenyataan mereka sendiri, beberapa jam selepas kenyataan Samsung dikeluarkan: 

        We are grateful to the jury for their service and for investing the time to listen to our story and we were thrilled to be able to finally tell it. The mountain of evidence presented during the trail showed that Samsung’s copying went far deeper than even we knew. The lawsuits between Apple and Samsung were about much more than patents or money. They were about values. At Apple, we value originality and innovation and pour our lives into making the best products on earth. We make these products to delight our customers, not for our competitors to flagrantly copy. We applaud the court for finding Samsung’s behavior willful and for sending a loud and clear message that stealing isn’t right.

Bagaimanapun, Samsung yang popular dengan telefon pintar Galaxy S dan komputer tablet Galaxy Tab akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut. Perkembangan itu berlaku selepas sebuah mahkamah Korea Selatan kelmarin mendapati Samsung tidak meniru telefon bimbit keluaran Apple.

Pertikaian kedua-dua gergasi elektronik tersebut bermula apabila firma Apple Inc. memfailkan saman melibatkan pelanggaran paten oleh Samsung pada April 2011.



Apple telah melantik pasukan peguam terhandal di AS bagi menuntut gantirugi AS$2.5 bilion (RM7.75 bilion) daripada pesaing terhebatnya, Samsung.

Dalam saman tersebut, firma yang diasaskan bersama oleh mendiang Steve Jobs itu mendakwa Samsung Electronics Co. meniru teknologi dan inovasinya. Namun, Samsung melakukan saman balas dengan menuntut gantirugi AS$399 juta (RM1.24 bilion) daripada Apple Inc.

Dalam hujah penggulungannya, peguam Apple, Harold McElhinny mendakwa Samsung mengalami 'kebuntuan reka bentuk' selepas pelancaran iPhone pada tahun 2007. Samsung, katanya, mengambil kesempatan di atas kejayaan gajet berkenaan apabila memperkenalkan jenama telefon pintar Galaxy S dengan ciri-ciri serupa.

Terdahulu, pasukan peguam Apple menyatakan, hampir tiada perbezaan pada telefon pintar iPhone dan Galaxy. Peguam-peguam Samsung bagaimanapun berkata, beberapa inovasi seperti skrin besar pada siri telefon Galaxy yang sebelum ini terdapat pada iPhone, diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pengguna telefon pintar.

Panel juri berkenaan yang dianggotai oleh tujuh lelaki dan dua wanita mula bersidang Rabu lepas. Samsung setakat ini telah menjual 22.7 juta buah telefon pintar dan tablet yang didakwa Apple meniru teknologinya. McElhinny seterusnya berkata, jualan gajet-gajet berkenaan mencecah AS$8.16 bilion (RM25.55 bilion) sejak Jun 2010.

Sehingga kini, Apple dan Samsung menguasai lebih separuh jualan telefon pintar di dunia. Namun, Samsung muncul sebagai pesaing terbesar Apple dan mengatasi firma AS berkenaan sebagai pengeluar terbesar telefon pintar di peringkat global.

Model telefon pintar Galaxy dijana perisian Android yang diberikan percuma oleh Google Inc. kepada Samsung dan beberapa pengeluar telefon pintar lain.

Dalam samannya, Apple turut menuntut Samsung menarik kedua-dua jenama telefon dan komputer tabletnya daripada pasaran AS. Saman serupa telah dikemukakan di beberapa negara lain termasuk Australia, Britain dan Jerman.

Pasaran telefon pintar dan komputer tablet global masa kini dianggarkan bernilai AS$219 bilion (RM685.79 bilion).

p/s : Macam budak-budak..

25 comments:

  1. buatlah macam mana pun,pengguna samsung dan android semakin meningkat

    ReplyDelete
  2. sama hebat ...tp samsung lg hebat... I <3 SAMSUNG

    ReplyDelete
  3. korea republic.. zaman korean war, mereka antara negara termiskin sebaris dgn kemboja, wlayah afrika tp skrg maju mcm cilaka kehkeh

    ReplyDelete
  4. biase la tu ciplak menciplak. mcm la komputer skrang pn bnyk jenis dan pilihan. AMD, Intel, etc etc,
    Mp3 player pn byk jenis, Apple, Sony etc etc

    haiyaaa. ni pn mau kecoh.

    ReplyDelete
  5. kok ia pun nak tiru buatla design lain. memang la android lain ios lain tapi gui lebih kurang function pun lebih kurang. tak hormat hasil penat lelah org. kalu iyer pun nak buat banyak cara lain mcm bayar la paten tu tak der la jadi issue. ni mcm pirate dvd sama tapi tak serupa. apa daaa buat benda baru la kreatif sikit.

    ReplyDelete
  6. dulu ramai yang suka produk buah²an seperti 'Apple' & 'Blackberry', sekarang rata² memilih produk eletrik seperti 'Samsung' & 'Sony'..

    ReplyDelete
  7. Tak kesah la,
    yang penting ASIAN Rule,
    S.W.A.G.....
    hahaha

    <<<<1-2-some>>>>

    ReplyDelete
  8. yg cina dok tiru mcm2 barangan trkenal xmau p saman plak... adessss....

    ReplyDelete
  9. yang kutuk samsung,mesti iphone user.yang kutuk apple plak,mesti samsung user.seb bek aku guna nokia..C3, hehheheee

    ReplyDelete
  10. Terpulang pada pengguna la nk pilih yg mana..ni mesti apple rasa tergugat by samsung..yela,penjualan apple product especially iphone4s kurang memberangsangkan compare to samsung s3..

    ReplyDelete
  11. Entah-entah "apple" tu yang menciplak teknologi samsung, tapi sebab 'apple' dari barat dan samsung dari timur, dah tentunya (judge) lebih berpihak kepada "apple"

    ReplyDelete
  12. aku memang tak suka apple..and ternyata samsung lagi best la..

    P/s : Aku HTC user

    ReplyDelete
  13. apple dengki sbb samsung makin maju & menguasai hp/tablet dunia..kimak nye apple! usa babi!

    ReplyDelete
  14. orang banyak duit boleh la beli Apple. Kita yang kurang berkemampuan ni beli Samsung je la. Janji ada smart phone. kau hade?

    ReplyDelete
  15. sekurang-kuragnya korang ada juga ipad,iphone dll...aku apa ada.hanset biasa ja guna utk call,sms,take picture& dngar lagu...

    ReplyDelete
  16. Pedulikan la dia nak copy Apple pun, janji barang samsung murah sikit. Bukan macam apple. A for Arrogant! Perasan bagus.

    ReplyDelete
  17. apple mmg bgs pun...tp depends la dr org yg pakai..dan yg xbagus ialah pandai2 ckp produk org lain xbagus,..pg buat sndiri la..

    ReplyDelete
  18. dua2 noob, tidak buli lawan nokia 3310 baling peragut pun buli mati......

    ReplyDelete
  19. x lama lg samsung saman mytech..hahahaha..sebijik cam note..

    ReplyDelete
  20. apple pengecut! hahahaha

    ReplyDelete
  21. lagi best ooowwwooo....

    ReplyDelete
  22. apple dah mati akal

    ReplyDelete
  23. apple- cari idea, samsung-curi idea , nokia plak k'binggungan cari idea..

    ReplyDelete
  24. bgus lagi guna hp hitam putih . aman dunia .

    ReplyDelete