Saturday, 25 August 2012

Berita : Pengantin Ke Hospital Untuk Bernikah (2 Gambar)


KUALA TERENGGANU - Seorang jurunikah, Harun Nuh yang dimasukkan ke Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) di sini, kerana diserang asma tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai jurunikah apabila menikahkan sepasang pengantin ketika dia sedang dirawat di hospital tersebut petang semalam.

Harun, 85, yang berasal dari Bukit Tunggal di sini, dimasukkan ke KTS kira-kira pada pukul 12 tengah malam kelmarin dan dinasihatkan oleh doktor supaya berehat selama dua hari di hospital tersebut selepas dia diserang penyakit asma.

Menurut Harun, sebelum dimasukkan ke hospital, dia telah menyatakan persetujuan untuk menikahkan satu pasangan pada pukul 4 petang semalam di rumah pengantin perempuan di Kampung Tok Jembal di sini, namun malangnya dia yang diserang asma telah ditahan di wad.

"Justeru, saya telah memaklumkan kepada mereka untuk datang ke hospital untuk dinikahkan kerana masih belum mendapat pelepasan daripada pihak hospital," kata bapa kepada 12 orang anak itu ketika ditemui di sini semalam.


Katanya, bakal pengantin tersebut, Faris Marwan Abdul Rahman, 22, dengan pasangannya, Nurul Adina Khaled, 25, bersetuju dengan cadangan itu dan telah datang ke hospital untuk melangsungkan upacara akad nikah.

Harun yang mempunyai pengalaman selama hampir 30 tahun sebagai jurunikah memberitahu, semalam merupakan pengalaman pertama dia menikahkan pasangan pengantin di hospital kerana sebelum ini majlis akad nikah di masjid, rumah atau surau.

"Ini merupakan satu pengalaman baharu yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat apabila terpaksa mengendalikan upacara akad nikah di hospital," katanya

Sumber : Here

6 comments:

  1. huhu.,. bagus tok kadi ni...

    ReplyDelete
  2. Pengantin: aku pedulik ape nikah kt maner, janji aku nikah gak hari/malam niiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  3. pengantin lelaki tu peduli apa, nak jenuh menahan 35 hari tak dapat-dapat pancut, mana boleh tahan, air dah naik kepala!!!!

    ReplyDelete
  4. ko pun bodoh jugak, gunakan bahasa tu kat sini. Tak suka diam, diam itu pintar.

    ReplyDelete
  5. contoh terbaik...tetap menunaikan janji dan tanggungjawab walaupun ditimpa keuzuran...

    ReplyDelete