WENZHOU – Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular
ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang
wanita.
Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi
memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media
tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu
banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.
Dia
kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di
depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada
bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk
kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.
Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.
Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.
Orang
ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong
sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak
lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.
Du
dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan
plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat
digigit lelaki berkenaan.
Kejadian itu berlaku tidak lama selepas
satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di
Amerika Syarikat bulan lalu. – AP
p/s : Bodoh.. igt muka pompuan tu biskut ke hape nak kunyah2..
Sumber : Here
huh
ReplyDeletemacam2...
ReplyDeletedong.. du.. dong.. du..
ReplyDeleteyg pasti x ramai pun baca sgt artikel tu... ramai duk tatap panties amoi tu... termasuk aku... whahahha
ReplyDeleteni mungkin sbb dadah sintetik yang terbaru "bath salt" yang kesan dia lebih ganas...
ReplyDeletenampaknya serangan zombie semakin menjadi-jadi, bukan lagi rekaan dalam filem.
ReplyDeletesodap ker~
ReplyDeletesedap ke bro ?
ReplyDelete