Allah SWT
telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia menghadap
Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya, baik yang disukai mahupun
yang dibencinya. Tujuannya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad SAW dan
juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Maka
Malaikat pun berjumpa Iblis dan berkata,
“Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk
menghadap Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahasiamu dan apapun
yang ditanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan
sebenar-benarnya.Sekiranya engkau
berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan terputus semua anggota badanmu,
uratmu, serta disiksa dengan azab yang amat keras.”
Mendengar
ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap
Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya
dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.
Iblis pun
memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka
sambut Iblis (alaihi laknat),
“Ya
Rasulullah! Mengapa engkau tidak mejawab salamku? Bukankah salam itu sangat
mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah, “Hai Aduwullah seteru
Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Janganlah mencuba menipuku
sebagaimana kau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati
teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutanmu, Nabi Ayub engkau tiup dengan
asap beracun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa
lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan
kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa
Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.
Hai Iblis!
Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salammu saja
aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik
engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa
kehendakmu datang menemuiku?”
Berkata
Iblis, “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Kerana engkau adalah Khatamul
Anbiya maka dapat mengenaliku. Kedatanganku adalah diperintah Allah untuk
memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam hingga
akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia
menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani
menyembunyikannya.”
Maka Iblis
pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, “Ya Rasulullah! Sekiranya aku
berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badanku menjadi abu.”
Apabila
mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya,
inilah satu peluangku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh
sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh
umatku.
Pertanyaan
Nabi (1):
“Hai Iblis!
Siapakah sebesar-besar musuhmu dan bagaimana aku terhadapmu?”
Jawab
Iblis:
“Ya Nabi
Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara segala musuhku di muka
bumi ini.”
Maka Nabi
pun memandang muka Iblis, dan Iblispun menggeletar kerana ketakutan. Sambung
Iblis, “Ya Khatamul Anbiya! Ada pun aku dapat merubah diriku seperti sekalian
manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak berbeza,
kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru kerana dicegah oleh Allah.
Kiranya aku
menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku cabut iktikad /
niat anak Adam supaya menjadi kafir kerana engkau berusaha memberi nasihat dan
pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu jugalah aku
berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Aku akan menarik
seluruh umat Islam dari jalan benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke
dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku.”
Pertanyaan
Nabi (2):
“Hai Iblis!
Bagaimana perbuatanmu kepada makhluk Allah?”
Jawab
Iblis:
“Adalah
satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki
yang bukan suaminya, sesetengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah
sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan solat, terbuai dengan
makan minum, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda daripada emas,
perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan
ke jalan haram.
Demikian
juga ketika pesta yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Di sana aku
lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang peraturan dan minum arak. Apabila
terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan
tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan
hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka,
terpaksalah mereka mencari uang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.
Apabila
mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau berbuat amal
ibadat, aku akan rayu mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras aku
goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda
hatinya, datanglah rasa ria, takabur, megah, sombong dan melengahkan amalnya.
Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat.
Demikianlah aku goda mereka setiap saat.”
Pertanyaan
Nabi (3):
“Hai Iblis!
Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan
faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka
yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang
melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi
pendengaranmu?Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?”
Jawab
Iblis:
“Semuanya
itu adalah anugerah daripada Allah Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan
takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahawa
Diriku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua seluruh Malaikat dan pangkatku
telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi.
Kemudian
aku tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa waktu
lamanya. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah
di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki (Nabi Adam)
lalu dititahkan seluruh Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali aku
yang ingkar. Oleh kerana itu Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan
rupawan dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan kelam. Aku merasa sakit
hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang
permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki
dan dendam kepada mereka.
Akhirnya
aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah
Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa
tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka
mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya
membunuh saudaranya Habil. Itu pun aku masih tidak puas hati dan berbagai tipu
daya aku lakukan hingga Hari Kiamat.
Sebelum
Engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke
langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat
ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia, dan
memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya aku dapatkan, dengan
berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan
carut-marut.
Tetapi
ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh Allah untuk
naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di
setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga hendak naik, maka Malaikat
akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tenteraku
yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka
besarlah kesusahanku dan bala tentaraku untukmenjalankan tugas menghasut.”
Pertanyaan
Nabi (4):
“Hai Iblis!
Apakah yang pertama engkau tipu dari manusia?”
Jawab
Iblis:
“Pertama
sekali aku palingkan iktikad / niatnya,imannya kepada kafir juga ada dari segi
perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, aku akan
tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus
mengikut kemauan jalanku”
Pertanyaan
Nabi (5):
“Hai Iblis!
Jika umatku solat kerana Allah, bagaimana keadaanmu?”
Jawab
Iblis:
“Sebesar-besarnya
kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemah tulang sendiku. Maka aku kerahkan
berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota
badannya.
Sesetengahnya
datang pada setiap anggota badannya supaya malas solat, was-was, terlupa
bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa
hendak cepat habis solatnya, hilang khusyuknya – matanya sentiasa menjeling ke
kiri kanan, telinganya senantiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi
yang lain. Sesetengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu
supaya dia tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam
hatinya senantiasa hendak cepat habis solatnya, itu semua membawa kepada
kurangnya pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka
aku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.”
Pertanyaan
Nabi (6):
“Jika
umatku membaca Al-Quran kerana Allah, bagaimana perasaanmu?”
Jawab
Iblis:
“Jika
mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku,
putus-putus segala uratku lalu aku lari daripadanya.”
Pertanyaan
Nabi (7):
“Jika
umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana perasaanmu?”
Jawab
Iblis:
“Binasalah
diriku, gugurlah daging dan tulangku karena mereka telah mencukupkan rukun
Islamnya.”
Pertanyaan
Nabi (8):
“Jika
umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana keadaanmu?”
Jawab
Iblis:
“Ya
Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepadaku. Apabila masuk
awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh
Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan
mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar
serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku
ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan,bintang, burung dan
ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa.
Satu lagi
kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azabneraka.
Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka
seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin
Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa,
dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku
dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi
panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.
Di sana
pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa
barulah aku dilepaskandengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu
sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan
bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan
biasa.”
Pertanyaan
Nabi (9):
“Hai Iblis!
Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?”
Jawab
Iblis:
“Seluruh
sahabatmu juga adalah sebesar – besar seteruku. Tiada upayaku melawannya dan
tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana engkau sendiri
telah berkata: “Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu
mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.”
Saidina Abu
Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi
setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia
menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang
seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat
amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertuamu kerana
engkau berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafadz
Hadits-haditsmu.
Saidina
Umar Al-Khattab pula tidaklah berani aku pandang wajahnya kerana dia sangat
tegas menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika aku pandang
wajahnya, maka gemetarlah segala tulang sendiku kerana sangat takut. Hal ini
kerana imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan, “Jikalau adanya
Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku”, kerana dia adalah orang
harapanmu serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar
‘Al-Faruq’.
Saidina
Usman Al-Affan lagi, aku tidak boleh bertemu, kerana lidahnya senantiasa bergerak
membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan
menjadi menantumu sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang
melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya
hingga engkau mengatakan, “Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada
kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti
pahala Usman mati syahid.”
Saidina Ali
Abi Talib pun itu aku sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan
perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin
memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat
beribadat serta beliau adalah golongan orang pertama memeluk agama Islam dan
tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Bergelar ‘Ali
Karamullahu Wajhahu’ – dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’
dan engkau sendiri berkata, “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya.”
Tambahan pula dia menjadi menantumu, semakin aku ngeri kepadanya.”
Pertanyaan
Nabi (10):
“Bagaimana
tipu daya engkau kepada umatku?”
Jawab
Iblis:
“Umatmu itu
ada tiga jenis. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala
tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan
perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril a.s, “Ulama
itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat.” Yang kedua umat tuan seperti tanah
iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurnia Allah. Berbuat amal
soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umatmu seperti Firaun; terlampau
tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka akupun
bersukacita lalu masuk kedalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka
dan aku hela ke mana saja mengikuti kehendakku. Jadi dia senantiasa bimbang
kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak
hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.
Lalu aku
goda agar minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka
dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana
mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia senantiasa
bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta,
bercakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin,
membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur.”
Pertanyaan
Nabi (11):
“Siapa yang
serupa dengan engkau?”
Jawab
Iblis:
“Orang yang
meringankan syariatmu dan membenci orang belajar agama Islam.”
Pertanyaan
Nabi (12):
“Siapa yang
mencahayakan muka engkau?”
Jawab
Iblis:
“Orang yang
berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji.”
Pertanyaan
Nabi (13):
“Apakah
rahsia engkau kepada umatku?”
Jawab
Iblis:
“Jika
seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan,
maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sadari.”
Pertanyaan
Nabi (14):
“Jika umatku
bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?”
Jawab
Iblis:
“Jika
umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan,
maka larilah aku dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan
isterinya, dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak
maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan,
durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka
makan tanpa membaca Bismillah, aku yang dahulu makan daripadanya. Walaupun
mereka makan, tiadalah merasa kenyang.”
Pertanyaan
Nabi (15):
“Dengan
jalan apa dapat menolak tipu daya engkau?”
Jawab
Iblis:
“Jika dia
berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan
perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air wudhu’, maka padamlah
marahnya.”
Pertanyaan
Nabi (16):
“Siapakah
orang yang paling engkau lebih sukai?”
Jawab
Iblis:
Lelaki dan
perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu
kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung,
berbuai seperti pijat pada bulu itu.”
Pertanyaan
Nabi (17):
“Hai Iblis!
Siapakah saudara engkau?”
Jawab
Iblis:
“Orang yang
tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka (mendusin) di waktu
subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar.
Demikian jua pada waktu zuhur, asar, maghrib dan isya’, aku beratkan hatinya
untuk solat.”
Pertanyaan
Nabi (18):
“Apakah
jalan yang membinasakan diri engkau?”
Jawab
Iblis:
“Orang yang
banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak
bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam.”
Pertanyaan
Nabi (19):
“Hai Iblis!
Apakah yang memecahkan mata engkau?”
Jawab
Iblis:
“Orang yang
duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya”
Pertanyaan
Nabi (20):
“Apa lagi
yang memecahkan mata engkau?”
Jawab
Iblis:
“Orang yang
taat kepada kedua ibu bapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakaian
mereka selama mereka hidup, karena engkau telah bersabda,’Syurga itu di bawah
tapak kaki ibu’”
Demikianlah
20 Soal Jawab Rasulullah dengan Iblis. Semoga ada hikmah yang dapat kita ambil.
Amin!
Sumber : Here
artikel yg bergune..thnks admin..
ReplyDeleteBagus...mohon perbanykkn lg post sejarah islam di bulan puasa ni...
ReplyDeleteSurga di bawah kaki ibu?? Maksudnya xpayah taat dengan Tuhan la...cium je kaki mak sebelum mati cnfrm masuk surga..btl tk??
ReplyDeletebengap jugak anon atas aku ni. tu ayat tersirat la. pandai pandai la pikir sendiri, takkan nak bagi ayat direct
ReplyDeleteben tak payah nak marah, bukan semua yg baca ini org islam.. anon 16:46 tuh mungkin kapir laknat..
ReplyDeleteAnon 14:46 tu orang bodoh nk berlagak pandai
ReplyDeleteanon 16.46 nie kalau dapat kat aku mmg siap la..
ReplyDeletemmg mcam celaka..
ko jgan la nak mmpersenda..
kalau xtahu buat care xtahu.
Baguslah kenapa kapir tu bukan manusia ka?
ReplyDeletetak pyh layan la si kapir anon 1646..saja nk mguji org islam,
ReplyDeleteKorang tak payah la marah2 dekat anon 1646 tu..
ReplyDeletemungkin dia memang tak tahu atau dia memang bukan islam..
tapi kita yang tahu ni kene la bagitahu dekat dia :) peace bro.. mudah-mudahan dia akan faham ..
selamat berpuasa kawan2
kafir laknat punya anon 16.46
ReplyDeleteDibulan puasa pun nk buat dosa....mcm mana la nk pakai puasa kamu org tu oi..
ReplyDeletemesti anon tu org2 non-muslim sabah.. dah lama dah aku bgagang dgn budak non-muslim yg mmpersendakan agama islam ...
ReplyDeleteOwh ye ke anon kat atas ku ni?? Tapi byk juga yg sudah bkerja di sabah sarawak yg xmau dh pulang ke tmpat asal...knp owh?? Lg satu kapir tu ape owh??
ReplyDeleteish2...mengkapirkan owg lain 2 dosa la... tegur elok2 dh la... apa nk jd la... kata owg islam tapi xda cri2 nya pn
ReplyDeletethanks for the info. amat berguna sangat.
ReplyDeleteapa itu syurga di bawah tapak kaki ibu?
ReplyDeleteianya membawa maksud yang sangat jelas. sepertimana yang kita ketahui istilah 'tapak kaki' menggambarkan sehina-hina darjat. ini menunjukkan level seorang anak itu sendiri. darjatnya teramatlah rendah jika hendak dibandingbezakan dengan ibubapanya. secara mudahnya si anak harus rasa rendah diri, sentiasa patuh dan menghormati kedua ibu bapanya (selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam) untuk sekurang-kurangnya mengimpikan masuk ke syurga. secara ringkas, kalau kita derhaka pada kedua ibu bapa, menyakiti hati mereka tanpa beroleh keampunan dari keduanya, usah mimpilah ingin masuk syurga.
Ya allah...ampunkan segala dosaku yang telah ku lakukan...jauh2kn lah sifat2 yg buruk pd diri ku...dan jauh2kanlah orng2 yg berniat tdk baik pde diri ku...dan kuatkan semangat diriku ya allah...
ReplyDelete