Adam Bridge,atau dikenali juga dengan nama Rama Bridge
merupakan salah satu daripada beberapa tempat paling misteri di dunia. Jambatan
purba misteri sepanjang 30 Km yang menghubungkan antara Manand Island
(Srilanka) dan Pamban Island (India) ini dipecayai telah berumur lebih daripada
1 juta tahun!
Struktur Rama Brige sendiri sangat mudah terlihat dari atas
permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak terlalu dalam,iaitu hanya
ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter (jika air laut sedang surut).
Status jambatan ini masih merupakan misteri sehingga kini,
menurut tafsiran para pengkaji,dikatakan Rama Bridge berkemungkinan mempunyai
kaitan yang rapat dengan mitos terkenal India, Ramayana.
Srilankan Archeology Department telah mengeluarkan suatu
statment yang menyebutkan usia Rama Bridge mungkin berkisar diantara 1,000,000
hingga 2,000,000 tahun, namun apakah jambatan ini benar-benar terbentuk secara
semulajadi atau adakah ia merupakan suatu ciptaan manusia? Sehingga kini
persoalan ini masih belum dapat dirungkaikan.
S.U.Deraniyagala, Pengarah Pusat Arkeologi Sri Lanka yang
juga merupakan pengarang buku “Early Man and the Rise of Civilization in Sri
Lanka: the Archaeological Evidence” mengatakan bahawa peradaban manusia telah
muncul di Kaki Gunung Himalaya sekitar 2000.000 tahun lalu. Walaupun menurut
para sejarawan peradaban paling awal di benua India adalah peradaban bangsa Ca,
hal itu bukan merupakan suatu jaminan bahawa terdapat peradaban yang jauh lebih
tua lagi dari mereka sebelumnya.
Para sarjana menaksirkan bahawa kemungkinan jambatan purba
ini dibangunkan setelah daratan Sri Lanka terpisah daripada India jutaan tahun
silam.
Didalam Epos Ramayana,jambatan itu dibangunkan oleh para
pasukan manusia kera dibawah pengawasan Rama. Maksud dari pembangunannya
sendiri ialah sebagai tempat penyeberangan menuju Negeri Alengka dalam misi
untuk menyelamatkan Dewi Shinta, dimana pada saat itu Dewi Sinta diculik oleh
Raja Kerajaan Alengka,iaitu Rahwana.
Epos Ramayana,menurut
Kalender Hindu seharusnya berada pada masa Tredha Yuga (menurut cakram masa
evolusi hindu/ cakram Hinduism tentang Epos tersebut terbahagi kepada masa
Sathya (1728000 tahun), Tredha (1296000 tahun), Dwapara (864000 tahun) dan Kali
(432000 tahun).
Tahap sekarang
menurut kalender mereka ialah Kali. Bermaksud menurut Epos tersebut, usia dari
Rama Bridge sekitar 1.7 juta tahun lalu.
p/s : sekadar berkongsi. cerita dalam mitos Hindu.
Sumber : Here
aku
ReplyDeletesangat berkualiti binaannya itu..
ReplyDeleteAku ada dengar (tak pasti betul ke tak) Jamabatan ini dibina oleh Nabi Adam A.S. ketika dicampak ke bumi, minta admin cari betul ke tidak. Tapi tak mustahil, sebab nabi Adam ketika itu dianggar berketinggian 30 meter, berbanding manusia biasa yang tinggi-tinggi pun dalam 2 meter.
ReplyDeletehttp://theislamshow.weebly.com/mystery-behind-adam-bridgeramas-setu.html
ReplyDeleteTak sure kalau fakta ni yang betul,tapi apa yang dinyatakan dalam link boleh difikirkan balik menggunakan akal fikiran.Salam
hanya ALLAH je yg thu
ReplyDeletewallahwualam~
ReplyDeletesesuatu yg menarik..tp hanya ALLAH S.W.T. yg thu..
ReplyDeletemenakjubkan...misteri tetap misteri
ReplyDeletehidupbiarbest.blogspot.com
ni manny diego dgn sid yang buat
ReplyDelete