Tuesday, 12 June 2012

Cool : Mari Dengar Muzik Lama Di Muzium Bunyi Terancam (Gambar)

Museum Of Endangered Sound (Muzium Bunyi Terancam) yang di asaskan oleh Brendan Chilcutt pada awal Januari 2012. Ianya merupakan satu online archieve yang mengumpulkan bunyi-bunyi daripada teknologi dan gadget elektronik lama.

Mungkin bunyi-bunyi daripada teknlogi dan gadget elektronik lama ini semakin terancam dan sudah tidak akan didengari lagi pada hari ini. Dengan adanya muzium ini, generasi akan datang akan dapat mendengar bunyi-bunyi asal daripada teknologi sebelum mereka. Ini suatu idea yang sangat baik.

Anda boleh sendiri ke laman web Museum Of Endangered Sound untuk mendengar beberapa sampel bunyi yang dikumpulkan seperti bunyi game Tetris, muzik permulaan Windows 95 dan beberapa lagi bunyi-bunyi lain seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah. Mungkin anda sendiri tidak pernah berpeluang untuk mendengarnya sebelum ini.


p/s : Mungkin ramai budak2 sekarang yang tak tahu bunyi gadjet2 klasik nih.. 

Sumber : Here


6 comments:

  1. 1st..bunyi nokia 3310 nih aku msh ingat..

    ReplyDelete
  2. malaysia pun patut ada 1 muzium muzik macam ni.

    ReplyDelete
  3. lame xmain cyberpet...

    ReplyDelete
  4. bdk2 yg baru nak kenal alam nih mmg x kan kenal menatang2 atas tu.. yg dah jadi bapak budak... mak budak je memahami bende2 atas tu... hahahah

    ReplyDelete