Ok. kali ni aku nak share dengan korang pasal satu game untuk iPhone dan Android ni. Game ni dinamakan The Dutchman. Korang tau ape tu Dutchman? Bukan orang dekat negara Holland tu, tetapi Orang Belanda atau lebih dikenali dengan nama Proboscis Monkey. Monyet jenis ni terdapat dkt Borneo dan hanya tinggal lebih kurang 3000 ekor je kat dunia nih!!
Back to business, game "The Dutchman" ni dicipta oleh anak tempatan iaitu oleh syarikat Utan Tropik Sdh Bhd. Korang boleh jenguk website Utan Tropik untuk keterangan lebih lanjut mengenai game nih.
Sebelum cakap pasal game, aku nak cerita la sket pasal team Utan Tropik ni. Syarikat ni terletak kat area Subang dan diterajui oleh 5 orang anak tempatan. Memang salute la kat diorang ni. Aim diorang ni adalah to make people Happy 5 Minutes @ a time dengan hasil2 karya game applikasi mereka. Bukan selalu ada company dari Malaysia macam diorang ni yang ada misi dan visi yang hebat.
Sebelum tu, Jom tengok trailer game The Dutchman ni kat Youtube.
Ni pulak gameplay untuk The Dutchman nih.. Layan beb,, lebih kurang gameplay Angry Birds. Ade stage2..
Konsep
Konsep game ni ialah Edutainment atau Education + Entertainment. Jadi game ni bukan setakat dapat hilangkan boring, tapi dapat tambah pengetahuan beb.. Ramai yang tak tau pasal Proboscis Monkey nih. Masa aku kat Sarawak dulu sempat la tengok monyet ni kat Taman Negara Bako, Kuching.
So, game ni sesuai untuk semua..bukan setakat budak-budak, orang dewasa pun leh main gak. At least dapat tau pasal spesis monyet terancam nih. Bila korang move to the next level, korang dapat main kat negara lain plak. So, korang dapat tambah pengetahuan pasal monyet kat tempat lain.
Selain tu, game ni merupakan sebuah game strategik yang berkonsepkan colour fizik. Memang fun la.
Untuk pengetahuan korang, background belakang dalam game ni adalah lukisan tangan!! Bukan buat dengan komputer beb,, Memang cool... Respek ar kat diorang yang buat game nih. Lagu/Soundtrack pun diorang cipta sendiri. Tak main la ciplak-ciplak muzik orang lain. Original!! Made In Malaysia. Bangga tu..
Meh nak cerita sket pasal game nih.
Sneek Peak : The Dutchman ni adalah game yang memerlukan daya kreativiti dan tactical minda yang dipersembahkan dalam 30 level yang dipenuhi dengan tahap kesukaran yang berbeza. Game ini juga membawa pemain ke alam hutan tropika di mana karakter utama merupakan seekor monyet Proboscis (sejenis spesis yang terdapat hanya di Borneo) dan secara level per level, ia akan membawa pemain ke sebuah negara ke sebuah negara yang lain untuk pelajari spesis monyet yang terdapat disana. Ia juga dipersembahkan dengan latar grafik hutan tropika disertakan dengan alunan muzik tribe yang akan menguis sedikit perasaan pemain ibarat menikmati keindahan alam semulajadi yang serba kehijauan di atas skrin. Secara general, ia merupakan game strategi dimana pemain perlu memikirkan strategi terbaik dalam defending team dan conquer lawan. So, game ni sesuai sangat untuk anda yang suka game ala-ala Command And Conquer.
Haa.. nak try main tak? Aku baru je lepas download kat Galaxy Tab tadi.. Ni tengah main la nih. Memang layan~.. Best main tembak2 monyet jahat.. Tak dapat nak stop.. ketagih macam main Angry Birds jugak dulu2..
Nak download kat mane? Klik je link kat bawah ni kalau nak download..
GOOGLE PLAY
· http://bit.ly/TheDutchmanAndroidGame
· http://bit.ly/TheDutchmanAndroidGameFree
APPLE STORE
· http://bit.ly/TheDutchmanIOSGame
Jom la kita support Barangan Buatan Malaysia. Bukan senang nak buat game ni beb. Aku suka geng2 Utan Tropik ni. Vision jauh.. Memang respek ar.. Tak salah kita support diorang kan.. Kita sanggup bayar nak main game yang orang putih buat. Apa salah support game yang orang Malaysia buat.. Tak rugi.. Nanti nama negara kita jugak yang famous. Hoho..
Jom like fanpage diorang kat Facebook pastu add la kat Twitter.
:)
ReplyDeletehihi
ReplyDeletetak minat lah admin... cuba lah admin post yg lain lagi...
ReplyDeletebagus..
ReplyDeleteAku try da game ni, rasanye a good start. Hope dorang akan kuarkan lagi byk game apps.
ReplyDeletex jumpa pon kat installous...
ReplyDelete