Sunday, 20 May 2012

Sedih : [Video] Ketabahan Seorang Ibu Lahirkan Anak Tanpa Mata


Christian yang kini berusia setahun, dilahirkan tanpa kedua-dua mata disebabkan keadaan lelangit rekah, yang jarang ditemui. Tetapi, itu tidak mengurangkan kasih sayang Lacey Buchanan terhadap anaknya dan dia dengan bangga menayang anaknya kepada dunia.

Dalam satu video inspirasi yang dimuat naik ke YouTube, Lacey mendedahkan kepayahan yang dilalui oleh mereka setiap hari, termasuk keadaan di mana Christian terpaksa berhadapan dengan pembuli.

Video sepanjang tujuh minit, dibuat untuk menunjukkan betapa Lacey menyayangi anaknya itu, kini menjadi antara video yang paling banyak ditonton, iaitu mencecah lebih satu juta penonton.


Dengan menggunakan kertas bertulis tangan, dia bercerita bagaimana dia bertemu dengan bapa anaknya itu ketika berusia 15 tahun dan mereka jatuh cinta. Dia mengahwini suaminya Chris, ketika dia berusia 21 tahun dan mengandungkan Christian ketika usianya 23 tahun.

“Kami sangat gembira!!” tulisnya. Ketika usia kandungannya mencecah 18 minggu, mereka membuat ultrasound dan pasangan itu mendapat tahu mereka akan mendapat anak lelaki, dan ini menambahkan lagi kegembiraan mereka.

Tetapi selepas seminggu mendapat berita baik, pasangan itu menerima panggilan dari doktor mereka memberitahu ada yang tidak kena dengan janin itu. Terdapat masalah pada bayi mereka dan ini menyebabkan pasangan itu sedih. Ketika kandungan Lacey semakin membesar, doktor semakin tidak pasti apa yang tidak kena dengan bayinya dan berkata dia mempunyai peluang 85 peratus untuk gugur.

Pasangan yang kuat agama, menolak untuk menggugurkan kandungan dan percaya dia mempunyai matlamat untuk hidup di dunia dan mereka akan menyayanginya tidak kira apa pun.

Lacey dan Chris ke Pusat Perubatan Vanderbilt di mana Christian dilahirkan pada 18 Februari, 2011. Mereka menyangka mereka mungkin tidak akan dapat membawa Christian pulang. Pasangan itu gembira apabila Christian selamat dilahirkan tetapi kegembiraan mereka sekejap saja.

Keadaan Christian lebih buruk daripada apa yang doktor jangkakan.

Dia dilahirkan dengan keadaan lelangit rekah (Tessier cleft lip and palate) dan tidak boleh menutup mulutnya. – Daily Mail

Sumber : Here


12 comments:

  1. May GOD bless her and her son...:)

    ReplyDelete
  2. hmm , rasa mcm nak dermakn mata dekat baby tuh :'(

    ReplyDelete
  3. sympaty! & empathy...wish ur family all the bes...arrrgh bayern klh la pulak!

    ReplyDelete
  4. terharu dan im touch...moga Tuhan merahmati baby itu

    ReplyDelete
  5. kesian....kat malaysia ni budak2 pompuan yang dapat anak haram sempurna di buang merata2.....

    ReplyDelete
  6. sedih n bangge tgk video ni,,,tahniah kt mak die sbb jd org yg begitu kuat!!! :-)

    ReplyDelete
  7. @Yanie Oraniebitch please..
    die tu orang kristian bukan orang islam..buat la ape tulis camgitu..pompuan2..

    ReplyDelete
  8. anak yg dilahirkn tu suci..org2 sekeliling yg membimbing die ke arah mane nti.. *org yg kt ats ni, jgn main tuduh je k, selidik dlu br tulis..

    ReplyDelete
  9. bodoh btul anon 17:14..biar la die agama kristian ke ape..yg beragama islam kt negara bukanye baik sgt..dpt anak yg sempurna sifatnye pon dibuang merata2..pikir dulu sblum ckp..igt senang ke nk buat pengorbanan yg besar cm lacey buchanan tuh!God bless her n her baby..

    ReplyDelete
  10. bodo2..pengerbonan die memang baik..tapi sesuka hati guna kalimah tuhan pada orang kafir..lebih baik sedekah pada umat islam sendiri..boboh..

    ReplyDelete
  11. 17.14 apa masalah dengan tulisan yanie...pls terang kan

    ReplyDelete