CEMAS...orang ramai cuba mengeluarkan kepala Farah Fitrina (dalam bulatan) yang tersangkut di jeriji pintu pagar.
IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menempuh saat mencemaskan apabila kepalanya tersangkut pada jeriji pintu pagar rumah hingga menyebabkan mangsa hampir lemas akibat tercekik.
Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa, Farah Fitrina Abdullah dikatakan bermain dengan rakan di pekarangan rumah keluarganya di Silibin, di sini, sebelum memasukkan kepalanya menerusi ruang kecil pada besi jeriji berkenaan.
Tindakannya itu menyebabkan leher mangsa tersangkut dan kepalanya gagal ditarik keluar lebih setengah jam. Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan selepas penduduk menggunakan jek kereta untuk merenggangkan besi jeriji itu.
Kakak mangsa Farah Syahida, 18, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan pertama kali dialami walaupun adik bongsunya itu kerap bermain di pintu pagar rumah berkenaan.
p/s : Kepada mak bapak sekalian, jagalah anak anda dengan sebaiknya..
1st sudu utk 1 lauk
ReplyDelete2 sudu utk 2 lauk
ReplyDelete3 sudu pasti ad yg burthurt..tq
ReplyDelete4 sudu utk 4 sudu dan seterusnya
ReplyDeleteanon 19:07
ReplyDeleteburthurt or butthurt?:P
aishhh macam2
ReplyDeletedia ni tgk gambar bdk kat cina yg tersangkut tu kot, jd dia tiru la
ReplyDeletedah jadi macam lembu dah aku tengok...TUKAQ KERAJAAN!
ReplyDelete