Wednesday 16 May 2012

Berita : Nenek 15 Cucu Ditangkap Khalwat


AMPANG – Seorang nenek kepada 15 cucu ditahan bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, di sini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Dalam pemeriksaan jam 1 pagi itu, wanita warga Indonesia berusia 63 tahun itu bersama teman lelakinya warga Bangladesh berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai.

“Penguat kuasa agama mengetuk pintu bilik rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, wanita yang mempunyai lima anak itu memberi alasan kononnya dia menumpang membasuh baju di rumah sewa lelaki terbabit kerana rumah cucunya mengalami masalah bekalan air.

“Kami mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Difahamkan mereka saling mengenali sejak tujuh bulan lalu.

“Lelaki yang sudah berkahwin itu merupakan pekerja di sebuah restoran di ibu kota,” katanya.

Dalam operasi berasingan, sepasang kekasih dicekup di sebuah pangsapuri di sini pada jam 1.50 pagi, semalam.

Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia 24 dan 30 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa selepas dipercayai pasangan itu berasmara dalam bilik sewa milik lelaki berkenaan.
“Perempuan itu memberi alasan berjumpa dengan teman lelakinya untuk mengadu berhubung masalah tempat kerjanya.

“Ketika serbuan perempuan itu berpakaian lengkap, manakala pasangannya hanya berseluar pendek,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. – Sinar Harian Online

p/s : apa nak jadi la..  

Sumber : Here

20 comments:

  1. HAKU:mlpas...

    ReplyDelete
  2. aku yg taip 1st td...hahaha yes berjaya gak aku dpt 1st.. yahhooo.. padahal baru je bukak.. sori la yg girl 2nd tu... xdapek nak 1st ko..pui!! hahahaha

    ReplyDelete
  3. fuh,dia mesti amal jamu kacip fatimah.

    ReplyDelete
  4. kesian brother gun ni...hehe

    @amilism.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. makin byk sampah kat blog ni..puihk

    ReplyDelete
  6. 1st...dia amal jamu tradisional+air kencing bangla....

    ReplyDelete
  7. 1st...thehell serisu anak bangla kacukan berok...

    ReplyDelete
  8. 1st...serisu kesian amilism...blog ko x laku ke??

    ReplyDelete
  9. 1st...hai cik mama... :) nak khalwat ngan kite tak??

    ReplyDelete
  10. x leh blah..nenek kot...

    ReplyDelete
  11. Tua dh..Ingat2 la mati...kita nih bukan hidup sentiasa...

    ReplyDelete
  12. Mak cik., mak cik tu dh tua., kubur tu tunggu mak cik bila-bila mase je. Hurmmmm., mak cik..ingatkan mak cik disaat mak cik duduk di bwh bulan purnama seorang diri merenungi keindahan ciptaan Allah yg Maha Esa..tak terlintaskh di lubuk hati mak cik yg terdalam bahawa mak cik........hurmmmmm sedih-sedih :(

    ReplyDelete
  13. stupid damn ass! admin slamat ari guru ye!

    ReplyDelete
  14. nihorommm
    oit2
    rumah kta blah
    kuboq kta my la..
    haish..
    brnafsu lg oqg tua ny

    ReplyDelete