Reverend Horace Burgess, menghabiskan
masa selama 11 tahun untuk membina sebuah rumah di atas pokok setinggi
10 tingkat selepas mendakwa mendapat arahan daripada Tuhan untuk
melakukannya.
Rumah berkenaan yang berukuran 10,000 kaki persegi, hanya berharga RM36,000 dengan menggunakan bahan kitar semula. Pembinaannya meliputi tangga dan balkoni selain dilengkapi dengan gelanggang bola keranjang. Ketinggian rumah berkenaan adalah 97 kaki.
“Saya bina rumah ini untuk semua. Ia milik Tuhan yang sentiasa memerhatikan kita,” kata Burgess.
Dalam pada itu, jurugambar,Tom Whettonang mengambil gambar rumah
berkenaan berkata, rumah yang dibina di atas pokok itu amat menakjubkan.
“Anda tidak akan menghargainya sehingga anda menjejak kaki ke dalamnya.
“Ia amat besar dan menjadi impian setiap budak-budak. Malah saya
sebagai orang dewasa juga mahu masuk ke dalam rumah ini,” katanya.
Rumah ini disokong oleh enam pokok dan ia dibina dengan menggunakan 258,000 paku.
p/s : Macam best je rumah ni..
Sumber : Here
Ok good
ReplyDeleteo.0
ReplyDeletehmmmmmm hmmmm hmmmm emmmm ok la
ReplyDeletethe new mesiah la kononnya . asal aku tak nampak macam 10 tingkat doe
ReplyDeletetpm kan..kalu skali keta terlanggar ke pokok kt situ..tak ke roboh sume2nya...
ReplyDelete