Monday, 16 April 2012

Cool : Fenomena Burger Bakar Kaw Kaw Di Wangsa Maju (6 Gambar)


Sanggupkah anda beratur selama kira-kira tiga jam hanya untuk menikmati burger di sebuah gerai di tepi jalan? Dan adakah anda juga pernah membeli sebiji burger pada harga yang mencecah sehingga RM150?

Namun pengalaman itulah yang dialami ribuan penggemar burger bakar yang mengunjungi sebuah gerai burger yang beroperasi di tepi jalan di Seksyen 2, Wangsa Maju di sini.

“Sistem order (pesanan) kami bermula pada pukul 7.45 petang. Nombor giliran akan diberi semasa order diambil,” demikian pengumuman yang tertera pada sekeping papan putih (white board) di hadapan gerai “Burger Bakar Kaw Kaw.”

Bagaimanapun, tempoh menunggu yang terlalu lama dengan purata dua jam malah boleh mengambil masa sehingga 3 jam, hampir menyamai durasi filem box office Titanic itu bukan berpunca daripada sistem operasigerai tersebut yang tidak cekap.

Namun sebaliknya, ia disebabkan oleh sambutan luar biasa daripada orang ramai, tanpa mengira umur, bangsa dan kaum.




Siapa sangka Burger Bakar Kaw Kaw yang kini menjadi ikutan ramai dimiliki dua usahawan muda, Mohd Faizul Baharudin (Zul), 26, dan Nini Haznita Muhammad (Nita), 25, yang menguruskan perniagaan itu di bawahsyarikat Protalis Enterprise.

Mengenai apakah keistimewaan Burger Bakar Kaw Kaw sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan, Zul berkata, selain menggunakan daging segar yang padat dan besar, konsep burger bakar merupakan sesuatu yang baru di kalangan masyarakat tempatan.

“Orang kita menyukai sesuatu yang baru. Mereka tertanya-tanya dan mahu mengetahui apakah rasa sebenar burger bakar. Apatah lagi ia dijual digerai tepi jalan,” katanya kepada mStar Online di sini, baru-baru ini.

Menurut Zul, pelanggan tidak membuat perbandingan antara gerainyadengan gerai-gerai burger jalanan lain tetapi sebaliknya membandingkannya dengan restoran di pasaran termasuk yang menjual makanan segera.


“Perbandingan antara Burger Bakar Kaw Kaw dengan restoran-restoran daging amat berbeza kerana kami adalah gerai jalanan yang menawarkan burger bakar pada harga lebih murah.a.

“Kami menawarkan burger pada harga yang lebih kurang sama dengan restoran makanan segera tetapi dengan saiz hidangan (portion) burgerkami adalah dua kali ganda. Ini membuatkan apa yang pelanggan beli adalah berbaloi.

“Burger Bakar Kaw Kaw diperbuat daripada daging segar home-made yang penuh dengan perisa, pelbagai rasa yang istimewa dan tersendiri,”katanya.


Secara purata, Burger Bakar Kaw Kaw menerima sebanyak 250 pesanan (order) sehari, tetapi pernah mencatatkan jumlah paling tinggisehingga 300 pesanan.

“Bilangan pelanggan adalah lebih daripada itu kerana ada juga yang membeli untuk rakan-rakan dan ahli keluarga,” kata Zul sambilmemberitahu seorang pelanggan pernah memesan sebanyak 30 biji burger.

Rakan niaga Zul, Nita pula berkata, harga menu di Burger Bakar Kaw Kaw adalah serendah RM7.50 dan setinggi RM18.50, namun ia bergantung kepada citarasa dan permintaan pelanggan sekiranya mahu tambahan patty daging burger dan set hidangan istimewa.


“Kami pernah menjual burger yang dipanggil “Tower 20”, mengandungi 20 patty daging burger beserta keju dan bakon, berharga kira-kira RM150,” katanya.

Mengenai sistem pesanan Burger Bakar Kaw Kaw, para pekerja akan mengambil pesanan daripada pelanggan sebaik sahaja nombor gilirandiberikan kepada mereka.

Nita berkata: “Berapa panjang barisan, berapa ramai yang datang, kamitetap akan memberikan nombor giliran supaya sistem pesanan lebih lancar dan memudahkan kami menyiapkan pesanan,” katanya.

Setiap pesanan yang dibuat akan diteliti oleh garnisher iaitu pekerja yang menyediakan burger seperti yang dipesan oleh pelanggan.


“Mereka akan mengikut senarai pesanan (order sheet). Kami telah menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi setiap pesanan adalah selama 1 minit dan 25 saat,” katanya tanpa mengira bilangan dan jenis untuk sesuatu pesanan.

“Kira-kira 50 pesanan dapat disiapkan dalam tempoh sejam,” kata Nita, sambil menambah, burger yang paling digemari pelanggan Burger Bakar Kaw Kaw adalah beef burger cheezy with bacon atau menggelarkannya sebagai “Baconizer.”

Ketika mula-mula berpindah ke lokasi baru di Seksyen 2, Wangsa Maju pada akhir Disember tahun lalu, Nita berkata, hanya 100 patty daging burger yang disediakan untuk sehari.

“Namun setelah beroperasi di sini lebih tiga bulan, jumlahnya meningkat kepada 1,000 patty sehari ekoran permintaan yang amat menggalakkan,” kata Nita.

Burger Bakar Kaw Kaw beroperasi dari pukul 7.45 petang sehingga 2 pagi setiap hari kecuali Isnin.

p/s : Memang dah femes giler kot beger kaw kaw ni.. sapa yang dah pernah try? 

Sumber : Here



34 comments:

  1. fisrtttttttttttttttttttt

    ReplyDelete
  2. hahaha korang sume lembab mcm siput babi

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. cam haram korang ni main 1st..sakaiiiiiii

    ReplyDelete
  5. bacon = babi ?

    ReplyDelete
  6. Ambe try doh...ok la..esp daging dia..not bad....tapi takde la nak tgu sejam setengah lagi pasni...average sejam 50 order...so kira sendiri la...

    ReplyDelete
  7. Dlu mse kedai ni bkk dekat kaw nz bawah tu cam tak laku je. Pindah sek 2 glamer gila plak..mmg tadak ong apa kat nz bawah ni

    ReplyDelete
  8. kenapa ada bacon? bukankah bacon itu babi

    ReplyDelete
  9. bacon means daging yang disalai,xsemesti dging BABI,rmai org salah paham bnda ni,

    ReplyDelete
  10. waaaa .. t aku nk lepak laa kt c2 . lme2 pon takp[e janji berbaloi .. btw the hell babi ! hhahahahahaha

    ReplyDelete
  11. Bacon =Beef bacon la mangkok....
    admin pn kne la higlight ayat tu....mangkuk x2
    beef Bacon=daging arear perut..JELAS!

    ReplyDelete
  12. Mangkuk tandas tol la ......
    hahahahaHHAKKTUIIIIH !!!!!

    ReplyDelete
  13. smekom.nk tnye ew..bacon bkn dging babi salai ke?

    ReplyDelete
  14. Da rasa.. memang terbaekkkk dr ladang!! Usah p dkt wangsa maju.. pg dkt cawangan dia d dagang avenue.. parking senang.. sesambil tunggu oder leh lepak2 minum dulu.. ada beran?? cubalah!

    ReplyDelete
  15. Dekat tapi x sanggup nak tunggu sampai 3 jam! Bakar jek kat umah huhuuuu!
    My latest Entry :)
    Edisi Mari Belajar: Menu Majlis Harijadi

    ReplyDelete
  16. mak aiii...berderet deret org beratur

    ReplyDelete
  17. aku pernah makan ! sedap

    ReplyDelete
  18. anon 21.45
    bacon tuh babi la..dia daging babi yg disalai..
    rujuk sini la
    http://en.wikipedia.org/wiki/Bacon
    http://ardictionary.com/Bacon/284

    ReplyDelete
  19. otak tu jgn berfikir sempit sangat la. biar nampak terpelajar sket. buat research b4 komen. tak penah dgr beef bacon? tu la. pandai komplen je. knowledge takde. kan memalukan diri sendiri je.

    ReplyDelete
  20. @AdminStressGiler

    admin jangan la tulis bakon@bacon sahaja..lain kali tulis BEEF BACON..LEMBU..clear..bacon tu kan asalnya daging babi yang dipotong nipis2,disalai..purata semua orang tau dari dulu lagi bakon@bacon itu babi..

    ReplyDelete
  21. sokong admin,,tah pape tah...pikiran sempit!!!same cm hamburger,,,kt lua negara hamburger pkai dging babi,,kt sni pkai dging lembu,,,lgpon xkn la org melayu nk jual daging bacon babi,,APTB~~~~~

    ReplyDelete
  22. lol x salah kowt law ak kate bende nie mmg babi ... x penah plak ak dgr istilah beef bacon or etc ... bacon is absolutely from pig ! patutnya bagi la name salami or corn meat la idiot admin ... bukan bacon !!bacon is bacon !! no matter what kind of meat u wanna means anyways ... huh itulah acknowledge dlm malaysia sahaja ... keluar negeri lha baru nmpk dunia ... peace !

    ReplyDelete
  23. beef bacon ni baru-baru je diperkenalkan di negara Islam. dalam 4-5 tahun lepas. google je kalau nak tau lebih info. peace.

    ReplyDelete
  24. masalahnya istilah yg ko pkai tu salah!..bacon, ham..tu smua istilah untuk babi...xyah nk ber bacon2 lah sebut daging lembu salai kn sng..xder org nk curiga2..lau dah was was, haram jadinya....tu lah lau dri x cukup ilmu, nk bising2 buat malu kaum

    ReplyDelete
  25. Dah penah rase mmg terbaekkk tp kena beratur 2 jam jugak laa baru dapat...huhu

    ReplyDelete
  26. BACON!!!!!!!!yuksss mau makan bekas Bacon

    ReplyDelete
  27. bacon ke baboon??

    ReplyDelete
  28. burger ni pernah masuk rancangan jalan2 cari mkn...

    ReplyDelete
  29. ade jugak org yg terpelajar tk fhm dan tk terbuka mindanyE megenai perkataan bakOn...heran....ingt babi je ke....adoiii.....ciannyer....

    ReplyDelete
  30. admin...hang tukar la ayat bacon tu tulis daging salai ker...memburukan nama kedai tu jer kalau letak bacon....apa2 aku sokong kedai nie...harap2 MC D dan burger king kat malaysia ni bankrupt...aku sokong orang islam punya jer....

    ReplyDelete