AMPANG – Tiga individu termasuk seorang ‘Mat Punk’ dan seorang remaja
perempuan dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan
pegawai Masjid Al-Azim dalam sebuah bilik di rumah kedai di Pandan
Jaya, awal pagi kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, dua lelaki berusia antara 20
dan 22 tahun serta seorang pekerja sebuah kedai dobi ditahan.
Pegawai Masjid Al-Azim berkata, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika
serbuan seorang lelaki membuka pintu dan mendapati ada seorang lelaki
lain dan seorang perempuan berusia 20 tahun berada di dalam bilik itu.
“Kami mendapati pasangan berkenaan berpakaian lengkap,
manakala seorang lelaki lain hanya berseluar pendek ketika serbuan
dijalankan,” katanya yang dipetik dari laman web Sinar Harian.
Beliau berkata, teman lelaki kepada gadis berkenaan memberi alasan
kekasihnya baru bekerja di kedai dobi berhampiran serta tidak ada rumah
atau bilik untuk disewa. Ahmad Nawi berkata, turut ditahan dua pasangan lain di bilik berasingan di rumah kedai berkenaan.
Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah
Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua
tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Here
Alasan bodo je..
ReplyDeletemampus la sama punk . ngarut je
ReplyDeleteDenda rm25 je....dun wory....wakaka...
ReplyDeletename jew islam. memalukan!
ReplyDeletebodoh korang ni maksiat je salah kan punk,abih ramai lagi yang bukan punk luar sana kene tangkap basah,tada lak nak maki2 bangang!
ReplyDeleteyg lain mat rempit...gengrxzbro....
ReplyDelete