KAMPUNG RAJA – Tembelang tiga pelajar perempuan tingkatan tiga ponteng
pecah apabila mereka ditangkap khalwat bersama dua lelaki di sebuah
rumah di Kampung Gong Tengah dekat Kuala Besut, kelmarin.
Semua pelajar berumur 15 tahun sebuah sekolah menengah di sini
ditangkap sepasukan anggota Penguat Kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah
kira-kira jam 9.15 pagi. Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, bertindak atas maklumat orang awam, anggotanya menyerbu rumah tersebut.
Menurutnya, sebaik tiba di pekarangan rumah itu, keadaan sekeliling rumah sunyi dengan pintu dan tingkap tertutup rapat. Pemeriksaan di bahagian lain rumah mendapati terdapat satu pintu yang tidak berkunci. “Anggota masuk ke dalam rumah dan mengetuk pintu salah sebuah bilik
yang berkunci dan hanya dibuka lima minit kemudian oleh seorang remaja
perempuan,” katanya.
Azmi berkata, terdapat tiga remaja perempuan di dalam bilik itu dan
pemeriksaan lanjut menemui dua lelaki bersembunyi di atas siling rumah
berkenaan. “Ketika ditahan semua berpakaian lengkap dan mereka tidak mempunyai hubungan muhrim.
“Manakala, lelaki ketiga berjaya melepaskan diri ketika serbuan dilakukan,” katanya.
Kedua-dua lelaki tersebut berumur 18 tahun lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) sekolah yang sama dengan pelajar perempuan terbabit. Hasil siasatan awal, pelajar perempuan itu mengaku membohongi keluarga kononnya ke sekolah tetapi dibawa ke rumah itu.
Kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana berkhalwat
yang sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara
sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
p/s: Semakin rosak.. Ish3..
Sumber : Here
iskkkkkk
ReplyDelete1st
ReplyDeleteehh??bukan rm25?? kenapa tak 20 sen jee???
ReplyDeleteoyehh
ReplyDeletebudak budak bermain kote
ReplyDeletekote dimain tak kira bangsa
najib kata hore-hore
tak kisahkan satu malaysia