BALIK PULAU – Sepasang suami isteri terpaksa menanggung malu berikutan
kegagalan menghidangkan juadah sempurna kepada tetamu gara-gara seperiuk
nasi hujan panas yang siap dimasak untuk majlis mereka, dilarikan
individu yang tidak bertanggungjawab.
Md Saad Hasan, 68, mendakwa, nasi tersebut yang disediakan khusus pada
hari perkahwinan dua anaknya diambil tanpa kebenaran dan dibawa ke
sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri di Kampung Terang pada 4 Mac lalu.
“Lebih menyedihkan apabila rombongan bas keluarga besan yang tiba dari
Setiu, Terengganu terpaksa pulang kelaparan kerana tidak sempat menunggu
nasi yang sedang ditanak memandangkan nasi sepatutnya dihidangkan sudah
diambil orang. Kami sekeluarga sememangnya kecewa dan terkilan dengan
kejadian yang berlaku dan diharapkan ia tidak akan berulang lagi,”
katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Betong.
Menceritakan detik kejadian, Md Saad yang bekerja kampung memaklumkan
bahawa dia diberitahu oleh tukang masak bahawa ada individu datang
bertanyakan mengenai nasi yang telah siap dimasak.
Menurutnya, tukang masak menyangka, nasi itu akan dihidangkan kepada
orang ramai, namun lain pula jadinya apabila periuk terbabit diangkat
dan diletakkan di dalam sebuah lori lalu dibawa pergi.
“Saya sebagai tuan rumah sememangnya kecewa dengan sikap pemimpin
tersebut kerana seperiuk nasi mampu menampung hidangan
sekurang-kurangnya untuk 100 orang dan kira-kira 2,000 tetamu telah
dijemput untuk memeriahkan majlis. Disebabkan tindakannya, makanan untuk
tetamu tidak mencukupi, malah timbul pula suara-suara sumbang sehingga
menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menanggung malu sehingga hari ini,”
katanya.
Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis
Daerah Barat Daya kelmarin untuk meleraikan kekusutan yang membelenggu
keluarganya. Md Saad berkata, dia membuat laporan polis untuk memaklumkan kepada
orang ramai bahawa bukan niat keluarganya untuk membiarkan tetamu pulang
kelaparan.
“Sepanjang 40 tahun tinggal di sini, inilah kali pertama maruah kami
tercalar disebabkan kejadian tidak sepatutnya berlaku pada hari
perkahwi-nan dua anak kami,” katanya.
Isterinya, Rosni Ahmad, 58, berkata, suaminya ada berjumpa dengan
individu yang mengambil seperiuk nasi terbabit, namun hanya permohonan
maaf yang dinyatakan sebagai tanda penyesalan.
“Katanya, dia terpaksa mengambil hidangan nasi kenduri kami kerana nasi
yang dimasak di majlis tersebut mentah dan tidak boleh dimakan. Walau
bagaimanapun, ia bukanlah jalan penyelesaian kerana kami sekeluarga yang
terpaksa menanggung akibatnya,” katanya.
p/s : Kesian btol.. nasi pun nak curi ker? Ish3..
Sumber : Here
1st stresss! haha!
ReplyDeletekasi tunjuk sket muke pemimpin berjiwa rakyat 2!!
ReplyDeletemenyusahkn org je keje ko.
kesian nasi..ceh masih da lg 1st2 ni..
ReplyDeletehahaha ini kes curi paling lawak ape pun kesian kat famili pak cik ni memang bangang tahap kepala bana punya pemimpin..
ReplyDeletepelik betul,....cian mereka..
ReplyDeletelaaa nasi pon nak curi ..
ReplyDeletekesian nya dorang terpaksa tanggung malu..
Ingat kereta...duit...prmpuan je leh die bawa lari...skali nasi pon boleh ke...alhai labu..kot nk nasi pn masuk je la kenduri org tu wlaupn xknal...aku slalu wat dlu..keh3
ReplyDeletekes naya ni..
ReplyDeletecian pakcik 2 tanggung malu...
kat situ memang cam2 orangnya...curi nasik....
ReplyDeletehaha..korg tu tk sape pemimpin kt area tu??? well...DAP..terbaik kan...dasar diktator... lahap sgt hak org..buduh..siallll...
ReplyDeleteROM8 AKU STYLO
ReplyDeleteklau aku, pemimpin tak pemimpin...parang kan aje kat muka si bodoh2 yg dtg bwak lori ikot sangat bontot pemimpin tu. WTF man????? dtg kenduri org amik nasik bwak lari g majlis diorg plak????!!! Mana hak rakyat sampai hak peribadi pon boleh dcabul smata2 nak memenuhi kehendak majlis xguna tue?????
ReplyDeletefor all info......pemimpin BN...
ReplyDeleteermm...ni lah benda paling SIAL sepanjang hidup aku....lebih memalukan lagi,tukang masak tu boleh ambik nasi org lain demi nk cover nasik untuk pemimpin nya.....kalau org x halal....sampai mati mkn benda haram oi....aku rasa,ni mesti kerja si tukang masak tu yg bodo mcm gampang...x logik kalau pemimpin nk arahkan tukang masak tu g ambik nasik org kenduri...ni propaganda anti kerajaan betul lahh......kerana politik,manusia sanggup buat apa saja....apa kimak!!! pukimak politik malaysia.....PRU pasni,aku x nak undi sapa2 sebab aku belum akil baligh lagi....hahahaha
ReplyDeleteaku tak paham lah dengan korang ni .benda cam ni pun boleh dikaitkan ngan politik
ReplyDelete-billy fecren-
adeh , nasi pun nak curi ke
ReplyDeletepelik betul nasi kena curi....
ReplyDeletemcmne ler org yg bawa nasi tu mencuri ek??? kan ke berat periuk tu...
ReplyDelete(CeRia)
Kesian.
ReplyDeletenasik pon nk curik ker?? ape daaaaa...
ReplyDelete