Friday 9 March 2012

Info : Senarai Lengkap 50 Orang Terkaya di Dunia 2012

Bilionair dari Mexico, Carlos Slim mengekalkan kedudukan tempat teratas sebagai individu terkaya di dunia buat kali ketiga berturut-turut dalam senarai majalah Forbes baru-baru ini. Beliau memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$69 bilion (RM207 bilion).



Pengasas Microsoft Corporation, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$61 bilion (RM183 bilion).

Ahli perniagaan dari Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett berada di tempat ketiga dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$44 bilion (RM132 bilion).

Peniaga barang-barang mewah yang memiliki syarikat LVMH dari Perancis, Bernard Arnault masih kekal di tempat keempat dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$41 bilion (RM123.41 bilion).

Empat individu teratas itu masih kekal sama seperti senarai Forbes pada tahun lepas.

Berikut senarai lengkap 50 orang terkaya di dunia mengikut senarai Forbes:


Wanita paling muda dalam senarai itu ialah pengasas syarikat Spanx, Sara Blakely yang mempunyai anggaran aset berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) hasil perniagaan pakaian pelangsing badan dan berada pada kedudukan 1,153. Beliau merupakan antara 104 wanita dalam senarai itu.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, 27, berada di tempat ke-35 dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$17.5 bilion (RM52.67 bilion).

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg berada pada tangga ke-20 dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$22 bilion (RM66.2 bilion).

Seorang kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal al-Saud memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.18 bilion) berada pada tangga ke-29.

Menurut perangkaan Forbes, terdapat seramai 1,226 bilionair di dunia.

Sementara itu, Robert Kuok menduduki tangga ke-64 dengan anggaran kekayaan AS$12.4 bilion (RM37.32 bilion) diikuti Ananda Krishnan di tangga ke-93 yang dianggarkan mempunyai kekayaan berjumlah AS$9.9 bilion (RM29.79 bilion).

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary menduduki tangga ke-344 dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$3.3 bilion (RM9.93 bilion).

p/s : Kaya dunia semua ni.. Akhirat?? Wallahualam.. 

Sumber : Here



12 comments:

  1. Bloomberg pn ada kluarkan gak..tapi xsama nilaian aset..mana 1 yg betul..ak xtau..tapi bloomberg gitau dia update setiap hari.

    ReplyDelete
  2. u/s dominate...tapi masih,negara diorang gak yang banyak berhutang n nak bankrupt...

    ReplyDelete
  3. rmai yg mmrlukan...hdp mlrat...kebuluran

    ReplyDelete
  4. byk yg dh tua nk mampus

    ReplyDelete
  5. aku lak jutawan ke-10001 dgn aset sebanyak rm5 dlm akaun bank Islam

    ReplyDelete
  6. aku kaye gak..aku ade 20sen..eh 50sen rupenye..yahuuu

    ReplyDelete
  7. Mane khairul fahmi????

    ReplyDelete
  8. pak najib takde dalam senarai ke ? *sigh

    ReplyDelete
  9. aaahh...nie tak masok mr taib tu....kalu declaire...yg ke bp agaknye???

    ReplyDelete
  10. napa x masukkan anuar skali
    kalo suruh pak jib masuk mana adil dia
    kn ke keadilan tu penting nama pon pkr

    ReplyDelete