Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.
Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.
Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta!
Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.
Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.
Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!

Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.
Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.

Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.
Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya.
Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.
” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.

p/s : Genius...
Sumber : Here
kreatif org kg nie :)
ReplyDeleteitulah guna belajar physics
ReplyDeletekalau pechkan cermin tu~
ReplyDeletearkitek jugak...hehe
ReplyDeleteyang engkau pegi jahanam nk pecahkan cermin itu buat apa???
ReplyDeletehahahaha...anon atas aku niy...bagus2...gelak guling2 aku
ReplyDeletewaa...hebat laa....i tabik sama itu arkitek....itu la gunanya ilmu...mesti d'aplikasikan dlm khidupan...bknnya asyik blajar + hafal2 jee tp x d'aplikasikan...hoho,
ReplyDeletekalau kena kilat(petir)??
ReplyDeleteala..bese jer pn idea ni..pantulan cahaya. mang dr skolah rendah ada belajar benda ni. x heran pn..
ReplyDeletex trbakar ka rmah2 kt sna ek..
ReplyDeleteklu kena petir kilat cam ner yerk ??
ReplyDeletekalau kna ptir,,,,terpantul lah petir tersebut ke kampung berkenaan dan akan menjadi tnaga elektrik smula jadi.sekian
ReplyDeletedie pkai cermin ke???slain cermin alumnium die ley pntulkan blk x???hehehehe...
ReplyDelete