Ini merupakan Maison Louis Vuitton pertama di Asia Tenggara yang terletak di Marina Bay Singapura. Ia merupakan Maison ke 12 LV dan yang pertama dibina diatas "pulau". Direka oleh Peter Marino, Maison LV di Singapura ini diilhamkan dari reka bentuk kapal layar mewah.
Bangunan setinggi 4 tingkat ini boleh dilawati dengan berjalan kaki atau menaiki bot peribadi yang boleh dilabuhkan di kawasan peribadi. Selaras dengan rekaan diilhamkan kapal layar mewah, kayu Oak digunakan pada lantai dan tangga.
Terdapat juga balkoni yang menyerupai geladak promenad lengkap dengan kerusi malas yang empuk. Kalau anda mahukan privasi , terdapat bilik khas untuk anda membeli belah. Anda hanya perlu duduk dan pekerja LV akan membawakan apa yang anda mahu untuk dicuba didalam bilik VVIP ini.
Keempat-empat tingkat mempunyai tema dan koleksi berbeza.
Satu tingkat untuk koleksi lelaki, wanita, barangan kulit dan aksesori mewah LV
yang lain. Maison LV Marina Bay ini dibuka semalam dan pelakon terkenal Cate
Blanchett diberikan penghormatan memotong riben perasmian kedai yang one of a
kind ini. Datanglah ke Singapura dan berlagaklah macam mak datin.
Sumber : Here
wow...mewah nyer..
ReplyDeletebarang dalam ni mahal gilosssss
ReplyDeleteHand beg jer da cecah hrga sebijik keta huhu
ReplyDeleteterlalu mewah. nak masuk pun takut.
ReplyDelete@kakchik@ella xpe..nanti kita g sama2..smbil tngok bola lions12..kahkahkah..
ReplyDelete1st
ReplyDeleteBen xii batak "1st"
ReplyDeletemana 1st aku..time ni aku terpaksa mandi bunga..buang sial tak dapat 1st
ReplyDelete@Anonymous reveal yourself! aha
ReplyDelete1st...apak ko!!
ReplyDeletemmg high class...
ReplyDeletedunia hanya sementara...syurga allah lebih mewah drpd nih..
ReplyDeleteustaz budok..