Tahukah anda bahawa harga kereta di Malaysia adalah yang ke-2 termahal di Asia Tenggara? Yang paling mahal adalah di Singapura.
Bagaimanapun sekiranya mengambil kira kos-kos pemilikan yang lain, harganya adalah kompetitif di peringkat rantau ini, demikian menurut kajian terbaharu Institut Automotif Malaysia (MAI).
''Meskipun harga kereta di negara ini lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain, tetapi ia masih rendah berbanding harga yang ditawarkan di negara maju, Singapura,'' kata MAI
Perbezaan Harga Honda City dan Toyota Vios
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Madani Sahari, harga Honda City dan Toyota Vios bagi segmen 1500 cc di Thailand adalah termurah di kalangan negara ASEAN iaitu 40 peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia.
Secara kasarnya, perbezaan harga jualan Honda City model 1.5S i-Vtec di Thailand adalah kira-kira RM34,192 lebih murah berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia.
Beliau berkata, kereta Honda City dan Toyota Vios juga dijual rendah di Filipina, Indonesia dan Vietnam berbanding Malaysia iaitu masing 32 peratus, dua peratus dan 1.8 peratus.
''Tidak dinafikan bahawa jika diteliti harga jualan kenderaan bagi model-model popular adalah lebih tinggi di negara ini, tetapi ia berbeza jika dibandingkan dengan Singapura,'' kata beliau.
Kereta 1800cc
Bagi kereta 1800 cc, harga Honda Civic di Filipina adalah 43 peratus lebih murah berbanding di Malaysia manakala Thailand dan Vietnam, masing-masing lebih rendah sebanyak 35 peratus dan lima peratus berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia.
Bagaimanapun, harga Honda Civic yang dijual di Indonesia tiga peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di negara ini.
Harga
Toyota Altis di Thailand terus kekal sebagai termurah di ASEAN dengan
44 peratus lebih rendah dari Malaysia, manakala Filipina (38 peratus),
Indonesia (29 peratus) dan Vietnam sebanyak tujuh peratus lebih rendah
berbanding harga jualan di Malaysia.
Kereta 2000cc
Bagi
segmen 2,000 cc dan ke atas, harga Toyota Camry yang dijual di Filipina
dan Thailand adalah termurah di ASEAN dengan masing-masing 32 peratus
dan 16 peratus lebih murah berbanding harga jualan di negara ini.
Bagaimanapun harga jualan bagi model itu di Indonesia dan Vietnam adalah 11 peratus dan lima peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di sini.
Madani menambah, setiap model yang dinyatakan adalah lebih mahal di Singapura. Katanya, jika dibanding dengan Malaysia, harga jualan model kenderaan Toyota dan Honda di Singapura lebih tinggi secara purata 137 peratus lebih tinggi berbanding di Malaysia.
Madani menambah, setiap model yang dinyatakan adalah lebih mahal di Singapura. Katanya, jika dibanding dengan Malaysia, harga jualan model kenderaan Toyota dan Honda di Singapura lebih tinggi secara purata 137 peratus lebih tinggi berbanding di Malaysia.
Cukai Jalan dan Harga Minyak di Malaysia Paling Rendah
Kajian MAI mendapati bahawa Malaysia menawarkan cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan terendah berbanding negara-negara ASEAN termasuk Filipina, Thailand dan Vietnam.
Malah, katanya, sekali lagi Singapura dan Indonesia menunjukkan cukai jalan tahunan dan yuran pendaftaran kenderaan paling tinggi iaitu lebih tinggi 577 peratus dan 442 peratus berbanding Malaysia.
Kajian MAI mendapati bahawa Malaysia menawarkan cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan terendah berbanding negara-negara ASEAN termasuk Filipina, Thailand dan Vietnam.
Malah, katanya, sekali lagi Singapura dan Indonesia menunjukkan cukai jalan tahunan dan yuran pendaftaran kenderaan paling tinggi iaitu lebih tinggi 577 peratus dan 442 peratus berbanding Malaysia.
Kata Madani, bayaran perlindungan insurans kenderaan tahunan di Malaysia, Filipina dan Vietnam adalah terendah berbanding negara-negara ASEAN lain.
''Thailand , Singapura dan Indonesia masing-masing lebih tinggi sebanyak 210 peratus, 175 peratus dan 126 peratus berbanding di Malaysia,'' ujarnya.
Selain itu, Madani menambah, Malaysia mempunyai harga minyak paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN manakala Thailand merupakan negara tertinggi harga minyak di ASEAN diikuti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina.
''Thailand , Singapura dan Indonesia masing-masing lebih tinggi sebanyak 210 peratus, 175 peratus dan 126 peratus berbanding di Malaysia,'' ujarnya.
Selain itu, Madani menambah, Malaysia mempunyai harga minyak paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN manakala Thailand merupakan negara tertinggi harga minyak di ASEAN diikuti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina.
Sumber : Here
damn...
ReplyDeleteada pro n con dia la tu. tp kalau blh, KC nak murah belaka. Hihihi.
ReplyDeletemana 1st?
ReplyDeletetak pro nya..sbb ada proton tulah sebab..yg kaya politikus2 M'sia..byk cukai kumpul tp harga sial mahal..konon utk maju..tp lembab sbb corruptikus..puihh kerja dunia..top gear pun condemn dasar Msia bab2 keta..so aku tak kesah sgt mrk hina keta kita..
ReplyDeleteda tak main da 1st 1st nie he he he...
ReplyDeletead pro bro..ada...bl bl mahal..tp nk bela murah gile kot.roadtax xmhal.xyh ad WOF..buley pkai smpai kete hncur.thanks krajaan. :D
ReplyDeleteconclusion : negara yang harga minyaknya mahal harga kereta murah dan negara yang harga minyaknya murah harga keretanya mahal.
ReplyDeleteconclusion : undi lah pembangkang haha
ReplyDeletethe policies are too much blood sucking..there are no pros except 1..we still hv proton & produa, still many of us cries because of some family members died in accident or burnt to death because..wait for it..the cars where not safe. Take Thailand for example, because of the liberalisation policy, the international trade has boosted, and quality investments are pouring in especially from Toyota making Thailand a manufacturing and assemblies hub..more jobs created, economy boosted from GDP..this is what we called as business not making profit by trying to save our proton or produa and blood sucking people's money..after about 30 years, proton n produa have not make much of progress instead being a burden to the nation..enough said.."this is what you are proud of"..this is the era of globalisation n not the era where you plant your vegetables behind your house for your own usage..I dont know what is Dr M thinking right now..
ReplyDeletebeli je moto besar...x pyh beli kete
ReplyDeleteDOWNLOAD UNDERWORLD: AWAKENING (2012) DI SINI
DOWNLOAD ADVENTURES OF TINTIN (2011) DI SINI
DOWNLOAD HANTU DALAM BOTOL KICAP (2012) DI SINI
harga minyak paling rendah adalah brunei dari negara kita
ReplyDeletemintak izin share
ReplyDeletebangang btoi depa ni...compare dgn singapore,pstu convert sing dolar ke rm.mmg la depa mahai...
ReplyDeletekalo ckp bodo,marah...tp jgn la wat smpai bengap sgt.
malies land.. malaysia boleh, kita komplen mahal depa kata murah dr ngara lain, bodo piang.. ari 2 kes myk duk kata kita lg murah dr singapore, bengap tahap bahlul baghal byk makan belacan.
ReplyDelete...di bandingkan hrga minyak dgn sweden, uk, german dll.. mmnag laa..murahh.. bodoo.. kaki bodek nk mamposs..
ReplyDeleteundila bn la kalau pakatan percuma je
ReplyDeleteGomen letak rege keta mahal sebb
ReplyDelete1) akn berlaku perlambakan kereta kt jalanraya
2) traffic jam akn lebih teruk lgi time raya
3) nak kurgkn bil kereta kt jalanraya
4) kurgkn pencemaran
Korg blum pernah pegi pilipina, Jalanraya dah jadi tempat parking keta, korang nak situasi mcm tu berlaku?? Insiatif gomen skank perkenalkn alternatif baru kepada keta, buat train dan sbg.
Jgn amik Contra je kalau keta mahal, tgk nnti kesan ekonomi, sosial, dan alam sekitar.
kira cukai jalan, insurans minyak je buat perbandingan? Kos hidup plak tak kira? Cukai2 tak kira? Harga barang mentah tak kira? Knape spec kete proton yang kat middle east ni lebih bagus dari kete aku kat malaysia walaupun lebih murah kat sini?
ReplyDeletekenapa x masukkan brunei.
ReplyDeletebrunei petrol ron978 x sampai rm1 pun..
APA SALAHNYA,KERETA NASIONAL JUAL MURAH,KERETA IMPORT JE JUAL MAHAL MCM SEKARANG.BARU ORG BELI KERETA MLYSIA.
ReplyDelete