Wednesday, 29 February 2012

Info : Haram Mencukur Bulu Kemaluan Apabila....


Kebersihan amat penting bagi kita. Tapi ramai yang tak ambil serius mengenai kebersihan di bahagian kemaluan. 
Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.

Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.

Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.

Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini. 

Aisyah menjawab : “Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”.

Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.
Sumber : Here 

14 comments:

  1. TQVM for ur info....

    ReplyDelete
  2. bulu kening pompuan leh ckur tak?

    ReplyDelete
  3. Bulu kening mne boleh cukur...haraammm~ tuhan mrh...berdosa tau..

    ReplyDelete
  4. tapi masa mak saya sakit dulu.. nurse tlg cukurkan sblm pergi operate... operate buang ovari..

    ReplyDelete
  5. Utk sbb kshtn dibolekan org lain yg cukur mcm nak operate tu laa.... Kening pn dibolekan dgn syarat kening trsebut nampak mencacatkan atau dlm erti kata lain bole mngaibkan ssorg ppuan tu...cth kening die tebal mcm shin chan hehe... Tp kalo xde sbb yg disebutkan hukumnye HARAM cukur kening krn nak nmpk cntik semata2.... Wallahualam..

    ReplyDelete
  6. kalo cukur kening nak nampak cantik untuk suami?

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..! terima kasih admin..!

    hidupkan anon di blok obe semula....hidupkannnnnnn! last!

    ReplyDelete
  8. cukur bru sdap..slurpppp2

    ReplyDelete
  9. eee kutu dan tungau hinggap . yekk

    ReplyDelete
  10. dah bila keluaq rumah bukn laki ja kita jumpa..jadi tontonan org ramai lak..jadi haram lak lepas keluaq umh walaupun nk cantik depan suami..

    ReplyDelete
  11. JEMPUT SEMUA MELAWAT BLOG SAYE YE...

    ReplyDelete
  12. kalau cukur bulu kaki yang menyerupai lelaki, boleh?

    ReplyDelete
  13. bulu kmaluan pmpoan xpayah cukur..gunting kn bg nipis....nanti klu senggama laki x rase tajam kt bahagian sulit tuh..bg nipis lg elok..klu nk cukur jugak xde masalah..

    ReplyDelete