Saturday, 4 February 2012

Horror : Lelaki Bunuh Dan Makan Otak Mangsanya (4 Gambar)


Dengan tangan digari, Tyree Lincoln Smith berdiri dengan tenang ketika dirinya didakwa dengan kes pembunuhan di mahkamah Connecticut, Amerika Syarikat (AS). Smith membunuh Angel Gonzalez dan lebih kejam lagi, lelaki berumur 35 tahun itu memakan otak dan mata mangsa.

Seperti dilaporkan oleh Telegraph, Khamis (2/2/2012), pendakwa raya Donald Collimore mendesak hakim untuk memberikan hukuman seberat-beratnya kepada Smith atas kekejaman yang dilakukannya.


Talitcha Frazier, adik ipar mangsa, mengatakan dirinya bertemu dengan Smith di jalan. "Saya fikir ketika itu saya cakap padanya untuk mencari pekerjaan. Saya tidak tahu kalau dia telah membunuh ipar saya," kata Frasier setelah selesai perbicaraan.

Smith menarik perhatian pihak berkuasa setelah sepupunya menghubungi polis tentang pembunuhan Gonzales. Menurut sepupu Smith, pesalah datang ke rumahnya pada tarikh 15 Disember 2011 dan mengatakan dirinya ingin melumuri tangannya dengan darah. Setelah itu dia pergi ke rumah kosong yang dulu pernah didudukinya..

Menurut dokumen mahkamah, keesokan harinya, Smith kembali ke rumah sepupunya dengan darah memenuhi tangan, seluar dan kapaknya.



Sepupunya mengatakan bahawa Smith menceritakan bahawa dia sedang tidur di beranda rumah kosong tersebut ketika dirinya dibangunkan oleh seorang lelaki. Smith pun mengaku memukul wajah dan kepala lelaki itu dengan kapak. Dia juga mengaku mengambil satu mata mangsa dan sebahagian otaknya lalu memakannya di tempat kejadian

Sepupu Smith kemudian menelefon ibu Smith yang menyarankan polis untuk memeriksa rumah kosong tersebut. Ibu Smith pun mengesahkan bahawa anaknya itu mempunyai masalah psikologi.


Sumber: Here




8 comments: