Friday 10 February 2012

Cool : "Scratch-n-Sniff," Seluar Jeans Wangi Untuk Pemalas (3 Gambar)


Memang tak dapat dinafikan yang kebanyakan dari kita malas nak basuh seluar jeans. Terutama bagi lelaki. Kadang-kadang tu seluar jeans tak dibasuh sampai bertahun. Tapi jangan risau, kini seluar jeans wangi telah dicipta oleh sebuah syarikat pengeluar jeans terkenal daripada Kanada.


Mereka berjaya mencipta jeans yang mempunyai haruman wangi….caranya mudah saja, hanya perlu gores dan hidu. Seluar jeans kreatif itu dikeluarkan oleh syarikat ‘Naked and Famous Denim’. Untuk permulaan, syarikat itu melancarkan seluar jeans yang mempunyai haruman Raspberry.

Menurut syarikat itu, mereka telah membuat kajian dengan mencuci seluar keluaran mereka sebanyak lima kali dan hasilnya jeans itu tetap berbau wangi. Syarikat tersebut hanya menggunakan kain denim yang bermutu tinggi yang diimport dari Jepun. Ia akan dijual di pasaran dengan harga sekitar RM600 sehelai.

Jika korang berminat, seluar jeans ‘Scratch-n-Sniff’ ini boleh dibeli dalam talian di alamat http://tateandyoko.com

 

Sumber : Here


8 comments:

  1. first... terbaik

    ReplyDelete
  2. Nk beli lh klau ad kt mlysia..

    ReplyDelete
  3. @Cik.Orked nanti kita pi beli sama2 ye..bleh saya blnja awak..kihkihkih..

    ReplyDelete
  4. ye betul! ade kat malaysia memang aku nak beli! rm600?? tarak hal la ^_^

    ReplyDelete
  5. DR BELI SUAR RATUS 2, BAEK AKU BAYO ZAKAT... DUNIA JE PON,NTI MATI PAKAI KAIN KAPAN JGK... HUHUUUUU...

    ReplyDelete
  6. pas kentut scratch banyak2

    ReplyDelete
  7. berak dalam seluar pun masyuk

    ReplyDelete