Wednesday, 15 February 2012

Berita : Perniagaan Tukaran Wang Asing, FOREX adalah Haram


Siapa kat sini tau pasal Forex? Dah lama kot benda ni wujud n dah ramai yang jadi kaya sebab main benda ni. Ada yang berenti kerja dan main Forex sepenuh masa. Tapi Fatwa telah dikeluarkan bahawa Forex ini adalah haram. Baca artikel di bawah.

KOTA BHARU – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.” – BERNAMA

Sumber : Here 

16 comments:

  1. 1st!!
    apa celop??

    ReplyDelete
  2. 4th..say fuck to paper money

    ReplyDelete
  3. "komen yg membina" dasarnya dunia sekrg memng menindas..scr zahir memang forex, 1 million money drop, kgn2 cabutan bertuah BSN, saham ASB dikatakan haram..memang ada betuinya..tp pada tersirat nya pula (bg yg baru tau) atau zahir (bagi yg dah tau) duit yg kita guna skrg juga haram..tidak ada nilai didalam duit tersebut hanya sekadar kertas dn tembaga semata-mata..duit kertas asalnya dibuat oleh penyimpan2 emas/perak/pemata atau tukang2 besi yg darah utuk simpan brg2 tersebut..dan apabila disimpan empunya brg tersebut akan diberi kertas (semacam resit) atau seakan akan cek supaya empunya dpt redeem/tebus balik brg2 mereka..tp kebykan empunya tidak mengambil blk atau meninggalkan brg2 dlm tempoh yg lama jd..peyimpan/tukang besi tadi meminjamkan brg/harta tadi kpd org lain dgn bunga/interest..tapi dgn hny menggunakan resit/cek yg diisukan olh penyimpan...yg hebatnya penyimpan msih blh keluarkan cek/resit walaupun dalam simpana peti besi telah kosong..manusia ketika itu pun merasa senang kerana hny perlu membawa cek utuk urusan jual beli tanpa perlu bwa berat2 emas/perak etc..jd bermulalah era duit kertas (yg sbnarnya hny cek atau resit) dunia mmg fuck up

    ReplyDelete
  4. kalau main forex ni big2 fish je yg byk untung...anak2 ikan (org biasa) lah pengerak keuntungan meraka..mcm MLM, lain method skit lah...big2 fish ni org2 bank sdri yg manipulasi duit...satu lagi admin ko lupa nak mention dlah yg disebabkan haram krna jual beli tu tak nampak..tak da akad, tak da pembeli dan penjual dan tak nampak barang..dalm pelaburan emas juga sama..selagi tak nampak ketulan emas kat tangan selagi tulah haram..beli emas mesti dpt emas dan bukan no kat akaun pembeli..

    ReplyDelete
  5. aku ada buat MLM . sape nak join bawah aku ? pakej silver RM800 , gold RM1600 . masuk acc bank aku tau

    ReplyDelete
  6. Sumber sahih ke ni? Tak jumpa lagi pun dalam e-fatwa (mungkin tak update lagi kot)

    Sebab http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-perniagaan-wang-asing-forex-1

    dan

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-perniagaan-wang-asing-forex-2


    masih lagi harus (fatwa lama)

    ReplyDelete
  7. KERAJAAN haram kn sbb x dpt tax dr duit forex ni..klu dapat mst xde nye kluar fatwa ni...ak dh 5 taun main forex ni..klu sape yg main tao la...

    ReplyDelete
  8. Eleh...bohong je tu..bis kilang arak terbesar lat slangor tu xde plak kate NEGARA SELANGOR HARAM LAK...

    ReplyDelete
  9. entahlah.... future market pun x jelas juga.... mana ada bayar hari ni utk brg masa hadapan... xde fatwa haram pun... kalau x cukup syarat dlm rukun jual beli... boleh ke????

    ReplyDelete
  10. apa jua yg bergantung pada nasib = judi.. btol ke pemahaman aku nih?... thus aku mmg rs haram..

    ReplyDelete
  11. bende yg dikatekan kononnya haram tp masih lagi berjalan. saham ASB ngan pinjaman PTPTN.. ape cer??

    ReplyDelete
  12. klo memang haram,, kenapa bisnis forex masih tetap berjalan sampe sekarang?

    ReplyDelete