Friday 3 February 2012

Berita : Israel Bakal Serang Iran Pada Pertengahan Tahun Ini?


WASHINGTON - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Leon Panetta percaya bahawa ada "kemungkinan yang besar" Israel akan menyerang lokasi nuklear Iran menjelang pertengahan tahun ini, demikian menurut Washington Post dalam ruangan editorial disiarkan semalam.

Bagaimanapun, apabila wartawan yang mengiringinya ke Brussles bertanya mengenai pendapat ruangan itu, Panetta enggan mengulas.

"Saya tidak akan mengulas perkara itu. David Ignatius boleh menulis apa yang beliau boleh tulis tetapi berkenaan apa yang saya fikir dan apa pendapat saya, saya menganggap ia sebagai sesuatu yang milik saya dan bukannya pihak lain," kata beliau dipetik AFP.

"Israel telah membayangkan bahawa mereka sedang mempertimbangkang yang ini (serangan), kami telah melahirkan kebimbangan kami," katanya lagi.

Kolumnis akhbar itu berkata, Panetta "percaya ada kemungkinan yang besar Israel akan menyerang Iran pada April, Mei atau Jun ini sebelum Iran memasuki, apa yang Israel menggambarkan sebagai zon imuniti untuk memulakan proses pembinaan bom nuklear."

Presiden Barack Obama dan Panetta dikatakan telah mengingatkan Israel bahawa AS menentang sebarang bentuk serangan atas alasan ia boleh menjejaskan program sekatan ekonomi antarabangsa yang semakin berjaya dan begitu juga usaha-usaha bukan ketenteraan ke atas Teheran.

Sumber : Here



19 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ruang udara baghdad terbuka luas sebab US menguasai Baghdad ketika ini.

    ReplyDelete
  3. igt turkey bg lalu ke...

    ReplyDelete
  4. silap besar la der lu serang iran lu ingat russia akan diam saje ke??

    ReplyDelete
  5. yg penting kita ni nk diam jgak ke?

    ReplyDelete
  6. hahaa... kita org biase hanya mampu melihat je...


    >> http://khairulkayz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. amerika pembekal utama senjata tuk israel. pastu suru israel yg beperang tuk mempertahankan amerika. bangang tul org yahudi ni.

    ReplyDelete
  8. Iran nih banyak musuh. Even Arab Saudi pon benci diorang nih sebab diorang nih Shiah. So, apa kes?

    ReplyDelete
  9. israel seperti lembu yg dicucuk hidung...ikut jee apa yg amerika lahanat cakap...bodoh :P

    ReplyDelete
  10. @Anonymous bukan ke amerika yng ikut Israel..Israel nampk je kecik..ada kuasa beto..

    ReplyDelete
  11. bukan israel jer yg ada kuasa veto..

    ReplyDelete
  12. dah nak dekat dengan perang armageddon....

    ReplyDelete
  13. doa dn solat mampu menandingi nye,,,,israel laknatulah

    ReplyDelete
  14. zionis vs syiah....2 bangsa yg dilaknat berperang

    ReplyDelete
  15. aku takut... malaysia pun blh jd sasaran gak...

    ReplyDelete
  16. aku xrasa israel nk serang iran..sebab aku pernah terbaca info yg gtau, iran ni sebenarnya pakatan israel ngn US. ingt senang US nk serang Iraq dulu..?diorg dpt serang Iraq pun sebab Iran tolong. skang US da kuar dari Iraq, kalo xsilap aku, skang Iran yg pegang Iraq ngn afghanistan..kalo info yg aku bc tu btol la..ade sape2 tau..?

    ReplyDelete