RANAU: Walaupun sudah mempunyai tiga
isteri, seorang lelaki masih gagal mengawal nafsu serakahnya apabila
merogol seorang wanita dalam satu kejadian di Jalan Marakau berdekatan
Jalan Airport Lama, di sini, malam kelmarin.
Lebih menghairankan, suspek yang
berusia 37 tahun merogol isteri rakan karibnya sendiri di dalam van
miliknya sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di kampung
Kilimu, di sini, jam 8.30 malam.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa berusia 34 tahun menghubungi suspek
untuk meminta mengambilnya di pekan Ranau dan menghantarnya pulang
kerana dia melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek.
Ketika dalam perjalanan pulang,
suspek yang dipercayai sedang mabuk, membawa mangsa ke satu kawasan di
Jalan Marakau, berdekatan Airport Lama.
Pada mulanya, mangsa menyangka suspek mahu menemui rakannya, namun tiba-tiba suspek menarik tangannya lalu membawa wanita itu ke belakang van sebelum merogolnya.
Suami mangsa yang terkejut apabila isterinya menangis teresak-esak sejurus pulang ke rumah meminta mangsa menceritakan apa yang terjadi. Sebaik diberitahu kejadian itu, dia membawa isterinya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kira-kira jam 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sebaik menerima laporan mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau melakukan siasatan.
“Suspek kemudian dicekup di rumahnya di Kampung Marakau tidak sampai satu jam selepas laporan dibuat mangsa.
“Siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa kerana menyangkakan wanita itu adalah isterinya disebabkan ketika itu, dia dalam keadaan mabuk. Namun siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa dipercayai melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek untuk menghantarnya berulang alik ke tempat kerja di pekan Ranau, setiap hari.
“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut, manakala mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
p/s : Bangang giler. Bawak van boleh pulak. Mabuk konon. Ptuihh!!
Sumber : Here
Rejam je smpai mati org mcm ni..mbok tu alasan jee ahh..dh mrogol..lg nk cover ckp mbok..
ReplyDeletenafsu nih.. alasan mabuk tu untuk mengaburi mata je..
ReplyDeleteorg mcm 2,bg je sniper kt kpale,smpai b'kcai otak..mabuk konon..bwk van,x acdent lak..
ReplyDeletesalah 1: rogol org, salah 2: mandu mase tgh mabuk.
ReplyDeleteeiiii patut hukum hudud jer niii
pergh..seronok nyer..=_='
ReplyDelete