Wednesday, 18 January 2012

WTF : Apabila Pemandu Lori Tonton Video Lucah Sambil Memandu di Johor (2 Gambar)

JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.

Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.
“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,” katanya.

14 comments:

  1. yg kemaruk sgt nk tgk 2 np..
    kesian lak aku tgk. xpsl family yg segan..

    ReplyDelete
  2. Pity to both couple. They have children. ;(

    ReplyDelete
  3. aku ada masa kejadian nih..
    xcdent blaku x sampai kol 10 coz smpt lg tgok jam kt dashboard..
    susur keluar tmn u mhala ke jb..
    stuck dkt 1jam lebih..
    pergh..mcm2 pragai driver yg kite leh tgok..ptg Q la..
    tp yg driver lori kalo dh kmaruk sgt tgok brenti la kt ptronas x jauh pun kt situ..tgok la puas2...nak fap2 pun org x nmpk la wei...x pasal2 nyawa org x bdosa melayang..

    ReplyDelete
  4. Sedangkan handphone pun dah melalaikan pemandu, inikan pulak video macam ni. Ni lah yang jadi. Hish.

    ReplyDelete
  5. takziah buat keluarga mangsa.....

    ReplyDelete
  6. sial tol kat situ..bwk lori cm org gila..aku yg naek moto pun tkot..

    ReplyDelete
  7. hukum potong anu pemandu lori tu. baru taubat gamaknye

    ReplyDelete
  8. gara2 video lucah..ade nyawa yg melayang..kerana vulva badan merana..

    ReplyDelete
  9. Errrr... Mcm mn tau dy tgk video lucah? xphm tol aku. Ad saksi ke? Mcm mn bleh drawn conclusion dy tgk video lucah tu..? hmmm.. musykil2..

    Ap2pn, lepas ni aku kna lg berhati2.. xleh bwk laju sgt da..

    ReplyDelete
  10. fap tu ape? asal ramai owg sebut fap fap fap ?

    ReplyDelete
  11. fap tu jenama ganti FAB TOTAL PENCUCI TERBARU DI PASARAN . Ghahahahhaa~~~~~ :P

    ReplyDelete
  12. fap fap 2 melancap...melocok.. dan sewaktu dgnnya.. har3... fap3...

    ReplyDelete
  13. mati stim laa nampaknya..

    ReplyDelete