BAITULMUQADDIS – Beberapa ukiran batu berusia beribu-ribu tahun lalu
dan dibongkar di sebuah tapak ekskavasi di bawah bandar ini menyebabkan
ahli-ahli arkeologi keliru.
Kumpulan penggali Israel menemui beberapa buah bilik yang diukir di dalam batu di kawasan tertua di bandar ini baru-baru ini.
Pada masa yang sama mereka menemui tanda tiga bentuk V yang diukir
sebaris di lantai sebuah bilik berkenaan. Ukiran tersebut sedalam
sekitar 5 sentimeter (sm) dan panjang 50 sm.
Tiada sebarang penemuan lain yang boleh dijadikan petunjuk untuk
mengetahui identiti pihak yang membuat ukiran tersebut atau tujuan ia
dibuat.
Seorang pengarah ekskavasi berkenaan, Eli Shukron berkata, ahli-ahli
arkeologi terbabit dengan penggalian tersebut gagal mengutarakan
sebarang teori kerana kurang berpengetahuan mengenainya.”Saya tidak
pernah melihat benda seperti ini,” kata Shukron.
Ukiran-ukiran V itu ditemui di kawasan penggalian dikenali sebagai Kota Nabi Daud.
Penggalian itu dibiayai sebuah kumpulan nasionalis Zionis di kawasan penduduk Palestin di Silwan, Baitulmuqaddis Timur.
Bilik-bilik berkenaan ditemui semasa prosedur ekskavasi dilakukan
bagi mengukuhkan satu-satunya sumber air semula jadi di sini, mata air
Gihon.
Beberapa pakar arkeologi berkata, ukiran-ukiran tersebut dibuat
sekurang-kurangnya 2,800 tahun lalu dengan bentuknya mungkin dijadikan
tempat pasak struktur kayu atau ia mempunyai tujuannya sendiri.
Ukiran-ukiran itu mungkin memiliki fungsi upcara keagamaan atau ia sekadar ukiran.
Lokasi ukiran-ukiran itu ditemui di Kota Nabi Daud yang merupakan kawasan ekskavasi paling kontroversi di sini.
Kota tersebut dinamakan sempena nama Nabi Daud yang dipercayai memerintah kota berkenaan 3,000 tahun dahulu.
Ia terletak di Baitulmuqaddis Timur yang dituntut pentadbiran Palestin sebagai ibu kota Palestin merdeka.
Sumber : Here
V for Vendetta!
ReplyDeleteNice Info...
ReplyDelete