Jiangsu – Gara-gara terlalu inginkan
anak perempuan, seorang ibu muda sanggup bertindak kejam dengan memotong
alat sulit bayi lelakinya yang berusia lima bulan. Xiao Meng, 23, kini dihukum penjara lima tahun.
Menurut kertas pertuduhan di mahkamah, pada bulan Ogos tahun lalu,
ibu mertuanya yang terdengar suara bayi berkenaan menangis, telah
terkejut selepas mendapati alat sulit cucunya itu dipotong oleh
menantunya dengan menggunakan gunting.
Bayi tersebut kemudiannya dihantar ke hospital dengan segera. Menurut doktor, bayi itu selamat dan boleh membuang air kecil secara normal selepas rawatan dijalankan di Shanghai. Namun doktor memaklumkan adalah mustahil baginya untuk memberikan zuriat apabila dewasa kelak.
Sementara itu, di mahkamah, Xiao Meng mengaku telah membeli gunting
dan memotong kemaluan anaknya itu hanya kerana dia ingin memiliki anak
perempuan. Dalam pada itu, suaminya, Zhan berkata, sejak bayi lelaki mereka, Yaya
dilahirkan, Xiao Meng sering bercakap seorang diri `saya berharap dia
adalah bayi perempuan’.
Zhan turut memaklumkan, Xiao Meng tidak menyukai anak lelaki kerana
mereka akan membebankan ibu bapa yang terpaksa membelikan rumah dan
mencarikan isteri. Xiao Meng juga, katanya selalu menampar bayi mereka namun dia tidak
begitu mempedulikannya kerana menyangka Xiao Meng mengalami tekanan
selepas melahirkan bayi mereka.
Sumber : MyNewsHub
meroyan da pmpuan nie...
ReplyDeleteYa Allah , kesian baby tu ,..
ReplyDeletebangang punya pmpuan..klo xnk bayi tu bg jer dgn org yg memerlukan...haihh..stress aku baca artikel ni!!
ReplyDeleteKt China lg..mmg pelik btol la dorang nih..aku rase byk penduduk kt situ sakit mental.
ReplyDeleteapuuu~~nang sik habis2 agyk kaa...
ReplyDeletepork eater..fucking shitt u stupid asshole..
ReplyDeletetaw xpa anon 23:24. bengong tol. ksianny la baby tu.
ReplyDelete@Anonymousasal muke kau cam tension je. aku tak tension pun -,-
ReplyDelete