Siapa pernah dengan pasal John Titor ni? Bagi yang belum pernah baca, boleh la baca kat bawah ni. Cerita ni dah lama dan mula famous pada tahun 2000 dan 2001. John Titor ni mendakwa dirinya seorang Time Traveller yang datang dari tahun 2036. Tak logik kan? Apa-apa pun, korang baca je kisah kat bawah ni.
Pada tahun 2001, muncul sebuah topik
tentang seseorang yang mengaku sebagai pemgembara masa telah menggemparkan forum-forum internet. Dia menggelarkan dirinya sebagai John
Titor iaitu seorang Tentera AS pada tahun 2036, yang membawa misi
khusus melintasi masa untuk ke zaman 1975 demi mengambil dan
menyelamatkan komputer portable pertama di dunia IBM 5100.
Seolah-olah kisah sains fiksyen, namun John Titor akhirnya
menjadi perdebatan paling hebatdan kontroversi sejak tahun 2001
hinggalah sekarang! Ia menjadi lagenda di dunia maya, kerana informasi
yang diberitahunya mengenai masa depan (Abad 21) sebahagiannya telahpun
dibuktikan benar² terjadi. Dan ketika pada awal 2001, John Titor
kembali ke zamannya iaitu era 2036.
Informasi yang dibawa oleh John Titor itulah yang sangat menggemparkan
dunia maya kerana telahpun satu persatu berseiringan dengan perjalanan
masa, apa yang diperkatakan olehnya mulai terlihat kebenarannya. Ia juga
memuat baik skema mesin waktu yang digunakannya untuk memberitahu
tugasnya dan menyebarkan formula ilmiah mesin tersebut di forum-forum
internet.
Siapakah John Titor? Beliau mendakwa bahawa telah lahir pada tahun 1998
di Florida, AS dan beliau juga mendawa bahawa telahpun berjaya
menjalankan misinya untuk kembali ke tahun 1975 demi mengambil PC IBM
5100 dikeranakan PC itu memiliki program bahasa unix yang tidak pernah
lagi digunakan pada komputer generasi sesudahnya.
Menurut John, semua sistem unix
akan menghadapi “time error”pada tahun 2036 dan disebabkan itu IBM 5100
itu sangat penting bagi mereka. Ketika perdebatan hangat itu sedang
terjadi tentang kebenaran kewujudan pengembara masa, pernyataan John
Titor kemudian diakui kebenarannya oleh pihak IBM. Mereka kagum kerana
ketika PC IBM 5100 sedang dicipta pada tahun 1975, hanya 5 orang sahaja
yang berkemampuan untuk memecahkan bahasa unix pada komputer itu. Maka
dari manakah John dapat mengetahui rahsia itu?
John mengakui mesin masa yang digunakannya adalah daripada model C204 iaitu sebuah mesin masa ciptaan mini dengan kapasiti muatan 3 orang untuk merentasi masa. Mesin itu adalah hak milik tentera AS pada tahun 2036, dan kewujudan mesin masa pada zaman itu bukanlah dilihat sebagai suatu barang aneh walaupun ia dianggap sangat eksklusif. Model lain yang lebih besar adalah daripada jenis C206 buatan General Electric (GE) yang mampu memuatkan penumpang sehingga 7 orang dalam satu-satu masa. Mesin ini hanya mampu membawa mereka maksimum 60 tahun ke masa silam dengan kecepatan 10 tahun per jam!
John mengakui mesin masa yang digunakannya adalah daripada model C204 iaitu sebuah mesin masa ciptaan mini dengan kapasiti muatan 3 orang untuk merentasi masa. Mesin itu adalah hak milik tentera AS pada tahun 2036, dan kewujudan mesin masa pada zaman itu bukanlah dilihat sebagai suatu barang aneh walaupun ia dianggap sangat eksklusif. Model lain yang lebih besar adalah daripada jenis C206 buatan General Electric (GE) yang mampu memuatkan penumpang sehingga 7 orang dalam satu-satu masa. Mesin ini hanya mampu membawa mereka maksimum 60 tahun ke masa silam dengan kecepatan 10 tahun per jam!
Gambaran mesin masa milik John Titor |
Walaupun misinya adalah ke tahun 1975
namun John Titor singgah sebentar ke tahun 2000 iaitu pada 2 November
2000 hingga ke 24 March 2001 untuk urusan peribadinya iaitu melawat
ahli keluarganya untuk beberapa bulan. Setelah itu beliau kembali
semula ke tahun 2036 dengan meninggalkan sejumlah maklumat penting
tentang masa depan!
Di antara maklumat-maklumat yang telah diberitahu oleh John Titor di dalam forum internet yang dikunjungilah adalah:
1. John Titor memberitahu bahawa prinsip asas mesin masa itu telah diusulkan oleh CERN iaitu sebuah asosiasi riset partikel atom dan nuklear dalam 20 negara Eropah yang berpusat di Geneva, Swiss. Menurut John pada tahun pertama kerja pembinaan mesin masa adalah bersifat seperti “black hole” mini yang menyedut partikel fizik (jasad/objek) ke suatu masa atau zaman yang telah ditetapkan.
Faktanya: Pada tahun 2001, CERN telah
menghebahkan eksperimen spektakular Large Hadron Collider (LHC) dan
Relativistic Heavy Ion Collider (RHIC) iaitu dua buah mesin yang mampu
memancarkan tenaga berkekuatan dahsyat, dan eksperimen anti objek yang
telah menghasilkan sesuatu yang kelihatannya seperti “black hole” mini
buatan yang mampu menyedut setiap objek di dalam jangkauannya.
2. John Titor mengatakan akan terjadinya sebuah peristiwa yang menggemparkan di AS pada tahun 2001 yang dikenali sebagai 9/11. Berkaitan dengan bencana di dua buah bangunan pencakar langit dan peristiwa itu telah menjadi dasar pengemuman perang terbuka terhadap pengganas di seluruh dunia oleh AS.
Faktanya: Pada 11
September 2001, WTC di New York telah dihentam dengan dua buah kapal
terbang komersial yang ditawan pengganas yang menyebabkan berlakunya
tragedi yang paling berdarah dalam serangan pengganas di AS dan dunia.
Sesuatu yang dihubung kaitkan dengan jaringan Al-Qaeda. Dan AS
melancarkan serang balas terhadap segala bentuk keganasan dan jaringan
yang berkaitan dengannya.
3. John Titor memberitahu akan terjadi sebuah lagi serangan ketenteraan AS ke atas Iraq dengan alasan terdapatnya senjata pemusnah massal di sana. Namun itu lebih merupakan tindakan politik kerana senjata pemusnah yang didakwa AS itu tidak pernah ditemui di Iraq.
Faktanya: Ketenteraan AS dan pasukan multinasional tali barutnya telahpun melakukan serangan ke atas Iraq sekitar March 2003.
4. John Titor menginformasikan akan terjadinya suatu bencana besar yang memusnahkan ratusan ribu nyawa pada akhir tahun 2004.
Faktanya: Gempa bumi yang diikuti gelombang
tsunami telah membadai beberapa kawasan Asia pada Desember 2004,
dengan jumlah mangsa yang mencapai angka ratusan ribu nyawa di beberapa
buah negara Asia dan yang terburuk adalah di wilayah Aceh – Nias,
Indonesia.
5. John Titor mendakwa pula bahawa akan terjadinya perlanggaran meteorit di atmosfera bumi daripada objek dari luar angkasa selama lebih daripada satu dekad di Bumi.
Faktanya: NASA dan beberapa badan astronami
pelbagai negara lainnya ada melaporkan tentang sebuah kejadian hujan
meteor dan perlanggaran meteorit ke dalam atmosfera Bumi yang dimulakan
dengan kehadiran komet yang melintasi bumi pada tahun 1998 yang telah
memperlihatkan cakaran hujan meteor yang dijangka terus berlaku
hinggalah ke tahun 2032. Dilaporkan juga terdapat ancaman perlanggaran
dan hentaman asteroid kecil dengan atmosfera Bumi mulai tahun 2008
hingga ke tahun 2032 akibat lintasan perputaran orbit Bumi merentasi ke
inti sabuk asteroid di sistem suria.
6. John Titor juga berkata tentang Alien dan UFO yang masih juga terus menjadi misteri pada zamannya . Tetapi pemahaman tentang mahluk luar angkasa itu didakwanya semakin boleh diterima akal akan kewujudannya. Beliau mendakwa alien juga barangkali adalah pengembara masa dari dimensi atau galaksi lain kerana beliau membuat andaian bahawa jika manusia mampu merentasi masa sepertimana dirinya maka adalah tidak mustahil terdapat makhluk lain yang lebih maju dan kehadapan teknologi dan ilmu sainsnya untuk berbuat sepertimana yang dilakukan manusia.
7. John Titor juga sempat untuk memberitahu tentang ramalan kalendar suku kaum Maya yang dijangkakan akan berlaku kiamat pada tahun 2012 sama ada ia adalah benar atau tidak. Akhirnya beliau menyifatkan bahawa sememangnya akan terdapat fenomena yang luar biasa dan unik serta aneh pada tahun 2012. Namun ia tidaklah terlalu menjejaskan manusia dan penghuni dunia lainnya dengan menekankan bahawa beliau sudahpun melalui peristiwa itu dan masih tetap hidup setidaknya untuk sampai ke tahun 2036!
Menurutnya, fenomena yang bakal terjadi pada tahun 2012 itu merupakan puncak fenomena alam yang pada saat ini (tahun 2001) ia sudahpun mulai terjadi. Tahun 2012 bukanlah kiamat sepertimana yag digembar gemburkan, tetapi apa yang terjadi ketika itu akan menyebabkan berlakunya satu malapetaka besar dunia yang akan mengorbankan banyak makhluk hidup. Fenomena itu amatlah berkaitan dengan peristiwa iklim, aktiviti tektonik dan gunung berapi yang ditandai dengan gempa-gempa yang berskala besarnya, taufan, badai dan tsunami.
Faktanya: Ketika
ini (tahun 2011) telah banyak terjadinya gempa bumi, badai, hujan,
banjir yang menelan banyak mangsa akibat berlakunya perubahan iklim
dunia.
8. John Titor menyebutkan bahawa Perang Dunia III akan terjadi dengan hebat pada tahun 2015. Serangan senjata nuklearlah yang menjadi asbab utama terjadinya perang dunia ketiga itu yang menyebabkan Bumi mengalami kerosakan teruk seperti berlakunya pencemaran radioaktif hinggakan kehidupan pada masa depan adalah sangat membebankan dengan sumber makanan sihat yang sangat terbatas, stok air bersih yang minimum, dan cara jalani kehidupan yang amat susah akibat daripada kekurangan beberapa barangan asas.
Ini hanyalah sebahagian daripada informasi yang dikhabarkan oleh John Titor. Dan telahpun terjadi beberapa maklumat ini dikemudian harinya setelah John Titor mengucapkan selamat tinggal untuk kembali ke tahun 2036 di forum internet. Masih terdapat banyak lagi informasi lain yang disampaikan John Titor. Walaupun ada yang mengesyaki bahawa ini mungkin sahaja hanyalah sebuah cerita hoax namun maklumat² tentang masa hadapan yang telah disampaikan oleh John Titor telahpun disahkan benar-benar terjadi.
Ditambah pula dengan kehadiran campur tangan agen rahsia pemerintah AS yang ingin memburu John Titor justeru itu telah membuatkan ramai orang mempercayai bahawa kewujudan John Titor adalah benar! Beberapa orang saksi yang mendakwa pernah bertemu dengan John Titor mengakui mereka diinterogasi oleh agen-agen rahsia AS. Keluarga John Titor juga dilaporkan telah bergegas untuk berpindah rumah sebelum badai besar melanda Florida pada tahun 2001. Mungkin mereka sudah diberitahu John Titor tentang akan terjadinya badai tersebut. Dan pada masa kini maklumat seluruh keluarga John Titor telahpun dirahsiakan!
Gambaran Mesin Cahaya Dari Website John Titor |
Idea dan konsep penjelajahan masa ini mungkin sudah hampir setua
kewujudan peradaban manusia. Di dalam kitab kuno Mahabharatha terdapat
sebuah pernyataan tentang Raja Reivata yang melakukan perjalanan ke
nirwana untuk bertemu dengan Brahma. Sekembalinya ke Bumi dia berasa
sangat terkejut kerana telah melepasi pelbagai zaman sejak
kepemergiannya untuk berjumpa dengan Brahma.
Ditambah pula lagenda Urishima Taro
dari Jepun yang berkisahkan tentang seorang nelayan yang telah
menyelamatkan seekor kura-kura dan berkesempatan untuk berkunjung ke
Istana Dewa Naga di bawah laut. Dia telah dijemput tinggal di istana itu
untuk selama tiga hari, namun sekembalinya dia ke kampung halaman,
dilihatnya nelayan² kampung halamannya itu berada tiga ribu tahun ke
hadapan.
Apatah lagi dengan kisah misteri
Segitiga Bermuda yang sangat aneh kerana dikatakan jika terdapat kapal
laut atau kapal udara yang melalui kawasan itu, ia bakal ghaib tanpa
dapat dikesan. Mengikuti sebuah teori berkemungkinan kapal-kapal itu
juga telah termasuk ke sebuah dimensi yang lain.
Apa yang telah dinyatakan oleh John
Titor berkaitan 'lubang masa' berkemungkinan ia adalah benar-benar
wujud. Beliau ada menyentuh bicara berkenaan teori fizik quantum yang
kemudiannya diperdalamkan dan dipraktikkan pada zamannya dan telah
memberikan sebuah sumbangan yang amat besar untuk mewujudkan mesin masa.
John Titor juga menyatakan bahawa apa
yang dilakukannya ketika kembali ke masa lalu tidak akan sesekali
merubah masa depan pada zaman yang dihuninya. Menurutnya kehidupan pada
tahun 2036 adalah berada pada suatu dimensi yang berbeza dengan dimensi
yang kini sedang kita huni.
Logo Army John Titor |
Panjang gile kan cerita pasal John Titor ni. Tak kesah la kalau korang tak baca habis pun. At least dapat la sedikit gambaran pasal John Titor ni kan? Apa-apapun, korang jangan pulak percaya benda-benda macam ni. Mungkin ini ialah satu dakyah orang kafir yang ingan menyesatkan kita semua. So, kalau korang percaya, boleh merosakkan akidah. Bahaya tu.
Lagipun semua dah dinyatakan dalam
Al-Quran. Diorang ni memang dah kaji semua tu, pastu reka cerita supaya
dunia percaya akan kehebatan mereka.
Sumber : Here
"Demi MASA, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang bertakwa dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran."
aku dh lama baca pasal ni..mengarut suma ni..propaganda US je nih..huh!!
ReplyDeleteworld war iii tuh macam masuk akal je... tambahan pulak, as dengan israel tak berapa berkenan dengan iran sekarang nih sebab diorang ada nuklear...
ReplyDeletehaha...mcm bangang.
ReplyDeletexprcaya lgsung!!
ReplyDeletehaha...nmpk klasik gile mesin..nmpk sangat menipunya...ada ke rupa teknologi 2036 cmni..menipu je org kafir ni
ReplyDeletekalau betul ada mesin masa ni, confirm la slalu je kita dengar org2 masa depan datang zaman kita ni.. xkkan mamat sorang ni je yg datang.. hahahhaha
ReplyDeleteikut logik pon dah x logik...
Sesungguhnya,benda paling jauh dari kita adalah masa yang telah berlalu.
ReplyDeleteOrg kapir cmnie la,nak pesongkan akidah kite,buh konon2 ramalan,tapi benda tue dah dirancang awal2,so kalau jahil dah terpercaya.
yg lagi x logik.. die nk expose cter ni kt forum internet.. for what reason?? kalo die nk jd legend, die akan expose terang-terangan.. kalu nk selamatkan org die akan bg exact details.. kalo detul lah askar us, mengarut je nk share secret camni. AS ISRAEL dan propaganda bodoh..!!! moga kita semua dilindungi Allah hendaknye
ReplyDeletenk pcya pun ssh...tp klaw btl mcm mna..??korg ni bckp x btapis...Aku pun nk jd pengembara msa la..
ReplyDeletemcm cite doraemon..
ReplyDeleteteory black hole
ReplyDeletebengong , smpai kiamat pon manusia xkkan cipta la mesin masa ni.. igt doraemon ape??
ReplyDeletekalau betul ada mamat ni, skrg umur dia 14 tahun kn, aku nk cari dia la nk lempang muka dia laju2..hahaha
Bodo la sapa yg pcaya ni.... See the Qoran... Smga Allah memelihara kita dan agama kita amin...
ReplyDeleteBodo punya admin..da tau bnda sesat knapa post..bangang pon ade had nye.
ReplyDeletemengarut jewk...
ReplyDeletekalo x percaya...sudala....yg trus memaki kafir apsal.......ada banyak benda yang org KAFIR buat untuk kegunaan manusia skrg,,,...termasuk org islam sendiri pakai.......islam ada ke????mungkin ada tp sedikit....jd janganla suka sangat memaki agama lain....
ReplyDeletewallahualam nk percaya dgn xpercaya bergntg dgn individu, dlm al-qur'an sndiri ada byk lgi bnda kita xtahu dn perlu dikaji demi masa, jgn sesekali kita point to the quran if kita sendiri xtahu apa yg sbnrnya d dlm tu...be open minded la, admin nk bgi untuk share info, yg korg kutuk2 ni bg aku in denial dh terasa takut n ragu2 trus nk hentamsecara negatif...terima secara terbuka. dn reject la dgn cara positif, bg aku yg bnar sumanya dri Allah, jika berkehendak Nya maka jadi jadilah
ReplyDeleteapasal mesti John Traitor yg dtg??? Rakyat US sendiri??? kenapa bukan dari negara lain?? ha..ha...x logik langsung. Kalau dari JEPUN doraemon la :P
ReplyDeletedia ni adik bradik john connor ke?
ReplyDelete