Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai
dilanggar dua kereta di Jalan Tun Fatimah, kira-kira jam 11.40 malam,
semalam.
Mangsa yang berjalan kaki di garisan berkembar di tengah-tengah jalan
terbabit dilanggar sebuah kereta jenis Mazda, sebelum dirempuh pula
oleh Perodua Viva.
Mangsa masih belum dikenali identitinya itu meninggal dunia di tempat
kejadian akibat kecederaan parah dengan tengkorak kepala pecah dan mata
terkeluar.
Saksi, Azhar Ahmad, 31, berkata, ketika kejadian, dia memandu kereta
bersama dua rakannya, dalam perjalanan ke Batu Berendam selepas
menikmati makan malam di Malim.
“Bagaimanapun, tiba-tiba di tengah jalan ada seorang lelaki tidak
berbaju dan bajunya diletakkan di bahu kanan, tetapi saya tidak pasti
sama ada mangsa hendak melintas atau tidak.
“Keadaan jalan sangat gelap. Saya hanya sempat mengelak selepas
terlalu hampir dengan mangsa. Terasa seperti tangan saya terkena mangsa,
sama ada badan atau kepala.
“Kemudian, apabila rakan saya menoleh ke belakang, dia lihat mangsa dilanggar pula oleh pemandu Perodua Viva,” katanya.
Menurutnya, pemandu kereta terbabit tidak memberhentikan kenderaannya. “Saya memang tergamam apabila melihat mangsa terbaring berlumuran darah dan dikerumuni orang ramai.
taziah kepada mangsa....
ReplyDeletemabok le tuh.
ReplyDeleteni la akibat lau suke2 je melintas jln pas2 duk tgah2 jln..terutama warga asing..tgah2 highway kete laju2 pun mau lintas gak..kne lggr slah kn org bw kete..
ReplyDelete