KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini
membuka secara rasmi laluan pejalan kaki yang menyediakan hubungan terus
dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ke Bukit Bintang, menawarkan
keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai untuk berjalan antara dua
lokasi pelancongan dan runcit utama itu.
Hadir pada majlis perasmian itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal
Abidin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi Unit Pengurusan
Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon;
Datuk Bandar Kuala
Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail; Naib Presiden Eksekutif Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS)(Perniagaan Gas & Kuasa), Datuk Anuar Ahmad; Pengerusi KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCCH), Harry Menon dan Ketua Eksekutif Kumpulan KLCCH Group, Hashim Wahir.
Laluan pejalan kaki bertingkat yang berhawa dingin sepanjang 562
meter dan selebar lima meter itu merentasi kawasan sibuk di Jalan
Pinang, Jalan Perak dan Jalan Raja Chulan dengan pintu masuk dan pintu
keluar tangga bergerak dan tangga di lokasi strategik.
Dibangunkan secara berfasa, laluan bertingkat itu membentuk
sebahagian besar daripada laluan pejalan kaki sejauh 1.173 km
menghubungkan KLCC ke Bukit Bintang.
Laluan itu menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ke Impiana
KLCC Hotel dan hotel itu ke lintasan jambatan Pavilion di Bukit Bintang.
Bahagian lain terdiri daripada terowong pejalan dari aras dataran
pusat konvensyen itu yang kini menghubungkan ke terowong sedia ada ke
pusat membeli belah Suria KLCC.
Dengan laluan itu, orang awam kini boleh berjalan kaki dari Bukit
Bintang dan Stesen Monorel Raja Chulan ke Stesen LRT KLCC – menerusi
Suria KLCC – dalam suasana yang selesa dengan terowong dan laluan
berbumbung dan berhawa dingin.
Bagi golongan kurang upaya, mereka boleh masuk dan keluar ke laluan itu menerusi lif khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Pembinaan laluan pejalan kaki dan terowong itu dibiayai dana RM100
juta yang disediakan oleh PETRONAS sebagai sebahagian daripada sumbangan
sosialnya.
Projek itu adalah sebahagian daripada siri laluan pejalan kaki untuk
menghubungkan Laluan Runcit dan Pelancongan antara KLCC dan Bukit
Bintang di bawah Inisiatif Rangkaian Pejalan Kaki Komprehensif Bidang
Ekonomi Utama Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang kerajaan.
Matlamat inisiatif itu adalah untuk menggalakkan lebih ramai penduduk
Malaysia menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dengan
menyediakan laluan pejalan kaki yang selamat dan selesa untuk bergerak
antara satu tempat ke tempat lain semasa mereka berada di ibu kota.
Projek itu dimajukan oleh KLCCH, anak syarikat PETRONAS secara kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Laluan pejalan kaki dan terowong itu juga melengkapkan pelan
komprehensif bagi laluan hubungan pejalan kaki yang merupakan sebahagian
daripada Pelan Induk Pembangunan KLCC. – BERNAMA
Sumber : Here
alhamdulillah memudahkan pengguna :)
ReplyDeletekena tempatkan jugak polis & CCTV di laluan tersebut bagi mengelakkan kejadian samun atau apa2 kejadian yang tidak diingini. Kena bersedia menghadapi sebarang kemungkinan...
ReplyDeleteBtol3 tu razzwey.....nti ade yg amik ksmptn lak kan kan..
ReplyDeletelagi satu...dah ade tmpt lawo2 cmtu, jgn la ade plak pemintak sedekah yg mncemarkan pemandangan... huhu~ T_T
ReplyDeletedan lg satu pastikan tmpt tu kene jage juga kebersihan jge ader org meludah sesuke hati ,buang putung rokok bersepah2..dan samph..
ReplyDeleteperlu ke letak air-cond ????
ReplyDeletebaik sedekah kat orang yang susah dan ringankan beban orang lain....
anom atas: dah klo xletak econd, nt org cmplain krajaan mesia xprihatin..kt mesia nih panas ngek..
ReplyDeletejap lg bsepah indon, bangla, nepal, negro sial g lepak situ...
ReplyDelete