Tuesday, 24 January 2012

Berita : Kasanova Ghaib Di Hari Pernikahan


GOMBAK: Seorang wanita dan keluarganya bukan saja menanggung malu apabila majlis perkahwinan yang dirancang tidak menjadi kenyataan sebaliknya kerugian lebih RM30,000 selepas ditipu teman lelaki kasanova yang mendakwa dirinya bergelar ‘Datuk’ dalam kejadian di Taman Sri Gombak, di sini.

Mangsa, 22, menanggung malu dengan saudara-mara, kawan dan jiran serta kadi selepas pengantin lelaki berusia 32 tahun terbabit tidak menghadirkan diri bersama rombongan pada hari pernikahan mereka, Khamis lalu.

Majlis sepatutnya berlangsung jam 10 pagi di sebuah masjid di sini, tetapi sehingga tengah hari, kelibat lelaki dan rombonganya itu tidak muncul dan gagal dihubungi.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Farhana, 22, berkata sebaik menyedari tertipu dia menghubungi pihak bank dan mendapati wangnya dalam bank berbaki RM8 kerana tanpa sedar sudah membuat pemindahan beberapa kali ke akuan lelaki itu.

Menceritakan kejadian menimpanya itu, dia pelik kerana sanggup dan rela mendirikan rumah tangga dengan lelaki terbabit walaupun baru lebih sebulan mengenalinya, selain sudah menyerahkan wang ribuan ringgit.

p/s : Kesian betul dengan pompuan tu. Ish2.. 
Sumber : Here




9 comments:

  1. nak sgt kawin ngn Org kaya mcmtula...

    ReplyDelete
  2. cepat betul judge orang tu...

    ReplyDelete
  3. dia terkena ilmu pukau..hati2 lah sebelum anda pula yg jadi mangsa..tanamkan perasaan curiga terhadap orang yg baru/tidak anda kenali.. sekadar nasihat

    ReplyDelete
  4. kasanova
    sumandak digoda
    kasanova
    hehehehh.......

    ReplyDelete
  5. kesiannya dia.. dari dulu org yg aku jumpe name farhana ni sume putih cantik

    ReplyDelete
  6. TRUST NO ONE!! org zaman skrg ni kebanyakkannya cam haram..

    ReplyDelete
  7. Mcm2 cra org nk tipu skrg ni....semuanya sbb jd hamba pd duit.. Nauzubillah...

    ReplyDelete
  8. kepada gadis, jangan bank in duit kepada lelaki...

    ReplyDelete