KUALA LUMPUR – Pembaca berita Buletin
Utama TV3, Jay Jamalina dengan pantas meminta maaf secara terbuka
melalui laman sosial Twitter miliknya selepas tersasul menyebut nama
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Menurut Jay yang juga merupakan laporan
berita setiap jam dan laporan trafik terkini di Hot FM, dia benar-benar
tidak sengaja untuk tersasul ketika berniat untuk menyebut nama Datuk
Seri Najib Tun Razak dan tersebut pula nama Anwar.
“I
would like to apologize for the slip during Buletin Utama just now. It
was complete slip-of-the-tounge. Tidak disengajakan. (Saya ingin memohon
maaf kerana tersasul ketika Buletin Utama tadi. Ia memang benar-benar
tersasul. Tidak disengajakan.),” katanya di laman twitter tersebut.
Dalam siaran Buletin Utama yang
disiarkan secara langsung semalam, Jay Jamalina melaporkan tentang
lawatan kerja Najib ke Johannesburg, Afrika Selatan, bagi meningkatkan
hubungan dua hala antara kedua negara yang dijangka mampu meningkatkan
jumlah pelaburan pada tahun ini.
Insiden tersasul itu dikatakan berlaku
memandangkan Jay Jamalina atau nama sebenarnya Nur Jamalina Mohd Jamali,
sebelum itu telah berkali-kali menyebut nama Anwar pada laporan-laporan
berita berhubung keputusan kes liwat Ketua Pembangkang itu yang akan
diketahui esok.
Beberapa blog politik tempatan seperti
MatKilauPenang.blogspot.com dan Belogfadah.blogspot.com yang turut
menghangatkan insiden yang tidak disengajakan itu meminta agar tiada
sebarang tindakan dikenakan terhadap pembaca berita tersebut ekoran
permohonan maaf darinya.
Nur Jamalina sudah bertugas lebih lima
tahun bersama Media Prima Networks (Media Prima), dan selain dikenali
sebagai penyampai berita Hot FM, dia juga popular menerusi segmen Berita
Pagi, Buletin 1.30 serta pernah dicalonkan bagi kategori Ulasan Berita
Radio Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010.
Difahamkan bahawa adalah menjadi lumrah
bagi penyampai-penyampai berita di kaca televisyen yang dilakukan secara
langsung untuk tersasul ketika membaca berita dan insiden ini
dipercayai adalah salah satu yang menjadi perbuatan hangat di kalangan
rakyat negara ini kerana melibatkan nama Perdana Menteri dan Ketua
Pembangkang.
Sumber : Here
Sumber : Here
Allah.. Benda kecik je kot. Bukan benda besar pn.. chill sudaa..
ReplyDelete