NILAI – Seorang pemilik stesen minyak mengalami keadaan cemas apabila
keretanya dirempuh kenderaan penyamun bersenjata yang melarikan
RM200,000 di Kilometer 287, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara,
berhampiran Bukit Mahkota, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, mangsa, yang memandu
kereta jenis BMW dari Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite),
dalam perjalanan ke Bangi, apabila disamun di tepi lebuh raya berkenaan.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusoff Awang berkata, mangsa
sedang membawa wang hasil perniagaannya itu mahu ke sebuah bank di
Bandar Baru Bangi.
“Mangsa yang memandu sendirian dilanggar oleh sebuah kereta jenis
Lexus berwarna putih, dinaiki dua lelaki di kawasan Rehat dan Rawat
Nilai.
“Mangsa, bagaimanapun, tidak memberhentikan kereta, sebaliknya meneruskan perjalanan.
“Sejurus tiba di Bukit Mahkota, sekali lagi kereta mangsa dilanggar
oleh kereta yang sama dan kali ini mangsa memberhentikan kenderaannya,”
katanya, semalam.
Menurutnya, mangsa yang berusia awal 40-an, terus keluar dari kenderaan
dan melarikan diri selepas melihat kedua-dua orang itu yang bertopeng,
menuju ke arah kenderaannya dengan seorang daripada mereka membawa
sebilah parang.
“Mereka terus mengambil wang yang dari dalam but kereta.
“Kemudian, sebuah kereta Honda Accord yang dinaiki dua lelaki bertopeng
tiba dan membawa kedua penyamun bersama wang tersebut dan meninggalkan
kereta Lexus di situ,” katanya.
Yusoff berkata, semua penyamun itu dipercayai dalam lingkungan 30-an.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa menyedari diekori lebih daripada dua kenderaan dalam kejadian itu,” katanya.
Sumber : Here
sekarang byk kes yg macam ni kt bdr baru bangi..
ReplyDeleteharap polis dapat selesaikn dgn cepat..
jajajaja . lepas aku komen terus delete gambar eh ?
ReplyDeleteni mesti dah jadi target dah pemilik bmw/stesen minyak tu. msti orang dalam tahu yg keter dia ade duit bnyk. aku penah tgk citer cmni kt tv.
ReplyDelete