KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nyata amat
gembira apabila penyampai berita Buletin Utama TV3, Jay Jamalina
tersasul menyebut beliau sebagai Perdana Menteri, kelmarin.
Ketika berucap di hadapan penyokong beliau di Kampung Baru semalam,
Anwar tidak ketinggalan dari mengulas mengenai isu berkenaan.
“Maknanya dia pun tahu, cuma cakap terawal sikit (untuk saya
dilantik jadi Perdana Menteri), apa dia cakap betul ke tidak,” katanya
dengan dijawab betul oleh para penyokongnya dalam perhimpunan di Kampung
Baru di sini malam tadi.
Anwar berkata, beliau faham kalau kesilapan itu berlaku di televisyen Thailand, Indonesia atau Iran.
“Ini TV3, Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya girang sambil disambut penuh sorakan para penyokong beliau.
Jay Jamalina dengan pantas meminta maaf secara terbuka melalui laman
sosial Twitter miliknya selepas tersasul menyebut nama Anwar sebagai
Perdana Menteri.
Menurut Jay yang juga merupakan penyampai laporan berita setiap jam
dan laporan trafik terkini di Hot FM, dia benar-benar tidak sengaja
ketika berniat untuk menyebut nama Datuk Seri Najib Tun Razak dan
tersebut pula nama Anwar.
“I would like to apologize for the slip during Buletin Utama
just now. It was complete slip-of-the-tounge. Tidak disengajakan. (Saya
ingin memohon maaf kerana tersasul ketika Buletin Utama tadi. Ia memang
benar-benar tersasul. Tidak disengajakan.),” katanya di laman twitter
tersebut.
Dalam siaran Buletin Utama yang disiarkan secara langsung kelmarin,
Jay Jamalina melaporkan tentang lawatan kerja Najib ke Johannesburg,
Afrika Selatan, bagi meningkatkan hubungan dua hala antara kedua negara
yang dijangka mampu meningkatkan jumlah pelaburan pada tahun ini.
Insiden tersasul itu dikatakan berlaku memandangkan Jay Jamalina atau
nama sebenarnya Nur Jamalina Mohd Jamali, sebelum itu telah
berkali-kali menyebut nama Anwar pada laporan-laporan berita berhubung
keputusan kes liwat Ketua Pembangkang itu.
Kesilapan itu bagaimana disifatkan penyokong Anwar sebagai petunjuk beliau akan dilantik ke jawatan tertinggi kerajaan itu.
Keinginan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri agak nyata apabila
beliau sebelum ini memberitahu akan ada Perdana Menteri sementara atau
interim yang akan menyerahkan kuasa kembali kepada dirinya sebaik
dibebaskan dari penjara jika didapati bersalah meliwat bekas pembantu
peribadinya.
Anwar juga amat yakin Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya umum ke-13 dan beliau akan dilantik ke jawatan itu.
Sumber : Here
admin pon asyik tersasul gakk , sebab siar entry ni berulang kali =)
ReplyDeleteMerepek tol.. perasan.
ReplyDeleteamin...
ReplyDeleteartikel ni seolah-olah nak persenda anwar , konon anwar ni perasan nak jadi pm. siap dengan gambar macam tu .
ReplyDeletedh mmg pun kan DIA NAK SANGATTTTT ......cm *&&*%^%$$$& je!!
ReplyDeleteape agaknye yg akn berlaku kalo anwar mentadbir.....?
ReplyDeletex payah nk yakin sgt laa org tua...jg dlu ank bini ko sblom ko nk jg rakyat yg berjuta2 ni...
ReplyDeleteaku mmg x yakin klau dia jd PM..alamat lingkup la negara ni...
aku plak teringin nak tgk cmner nnti kalo dia jd PM. yerla.. kdg2 ni bile dah bosan dgn yg sedia ade, nak try ubah angin lak. haha...
ReplyDeletebtul tu... pm yg sedia ada ni da cukup bagus ke????
ReplyDeletehaha. bagus korang ni elok2 boleh aman sikit g hidup la mcm indon semua merempat sane sini kalau mamat ni jd pm. whatever
ReplyDeleteHaha.camna lak leh tau apa yg jdi lau sape2 jd pm,takde relevannye pun..try luk bru tau.
ReplyDeleteaku xkesah sape yg jd asalkn jujur n telus.
ReplyDeleten org yg jd tu plu la pndi mndidik family esp wife.
b'nanah ok telinga ni dgar alasan beli cincin juta2 gune duit mnabung sjk kecil.
kalo mcm nie perangai nak jadi PM, baik x payah. perasan sgt.
ReplyDeletePoyo je anwar nih.
ReplyDelete