KUALA LUMPUR - Seramai 11 individu ditahan pegawai Jabatan Agama Islam
Selangor (Jais), Masjid Al-Azim Pandan Indah dan anggota Ikatan Relawan
Rakyat (Rela) kerana minum arak di khalayak ramai di Bukit Permai dan
Bukit Langat, Ampang, awal pagi semalam.
Seorang daripada mereka, seorang lelaki, pernah ditahan anggota penguat kuasa tahun lalu di lokasi yang sama.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, ketika serbuan di
Bukit Permai, pihaknya mendapati sekumpulan daripada tujuh lelaki dan
dua perempuan sedang bergurau senda.
“Sebotol arak dan air berkarbonat diletakkan berhampiran mereka dan
seorang anggota unit beruniform bersama kekasihnya, isteri orang yang
sarat mengandung, turut ditahan,” katanya.
Beliau berkata, di Bukit Langat, dua lelaki ditahan anggota penguat
kuasa apabila sebotol arak dijumpai di dalam kereta yang dinaiki.
Kesemua individu yang ditahan itu pekerja swasta berusia 23 hingga 30 tahun.
Ahmad Nawi, yang mengetuai operasi bermula jam 12.30 hingga 4 pagi itu
berkata, kesemua individu terbabit akan diberi kaunseling di Masjid
Al-Azim pada 29 Januari ini.
Sumber : Here
kaunseling je.....mane jln
ReplyDeletebg r sebat kt bontot..kasi pngajaran sket
Mcm hensem je mamat2 kt atas tu tapi sungguh syg sekali..... Moga ada hidayah Yg Esa ke ats mereka semua...amin
ReplyDeletetuhan telah meletakkan hukum bagi manusia.sesungguh hukum2 datang dari tuhan itu lah kbaikan bg manusia.jgn lah org bragama islam itu menolaknya.sesungguhnye ia berdosa..HUDUD.ketetapan yg dberi Allah.bkn dciptakn manusia..
ReplyDeletekasik sabat saja ini orangg....dah ade yg berulang pon kasi kaunseling. lagi best tunjuk muke die dalam surat kabo lagi bagos
ReplyDeletesebat 40x la beb..
ReplyDeleteape la yg dibanggakan dgn minum arak ni...
ReplyDeleteair lain byk lg yg blh di minum