KUALA LUMPUR – Siapa sangka seorang ‘Master Jedi’ terkenal seperti
Qui Gon Jinn secara tiba-tiba menyatakan hasratnya yang suci serta
berminat untuk mendekati agama Islam dengan lebih mendalam dan
seterusnya memeluk agama suci itu.
Qui Gon Jinn atau nama sebenar pemegang watak filem legenda Star Wars
itu, Liam Neeson, 59, menyatakan hasratnya tersebut kepada akhbar The
Herald Sun bahawa beliau laungan azan yang berkumandang telah meresap ke
jiwanya dan menghadiahkan satu perasaan yang sangat indah.
“Ada 5 kali panggilan untuk bersembahyang setiap hari, dan untuk
minggu yang pertama, ia membuat saya terganggu. Kemudian ia meresap ke
dalam jiwa dan pada masa itu, ia adalah sesuatu yang sangat, sangat
indah.
“Ada 4000 masjid di bandar ini. Ada yang binaannya begitu
mengagumkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir untuk menjadi
seorang muslim,” katanya yang dipetik dari akhbar berkenaan.
Pelakon Hollywood terkenal itu merupakan penganut agama Kristian
Katolik terpesona dengan laungan azan ketika menjalani pergambaran filem
terbarunya, The Grey, di Istanbul, Turki.
Neeson yang dinamakan ibubapanya sempena nama seorang paderi tempatan
pernah berkahwin dengan Natasha Richardson yang telah meninggal pada
usia 45 tahun di dalam satu kemalangan ketika meluncur salji pada tahun
2008.
Sebelum meninggal dunia, Natasha pernah memberitahu suaminya mengenai
keraguan pada kepercayaan yang dianuti pasangan tersebut sehingga
menyebabkan beliau sering tertanya-tanya tentang arah kehidupan yang
sebenar.
“Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, tetapi saya fikir setiap
hari kita bertanya tanpa sedar, apakah yang kita lakukan di planet ini?
Semua ini tentang apa? Saya berterusan membaca buku-buku tentang tuhan,
ketidakwujudan tuhan dan ateisme,” katanya lagi.
Master Jedi Qui Gon Jinn merupakan ‘Padawan’ kepada Count Dooku,
menjadi mentor kepada Obi-Wan Kenobi dan merupakan guru yang
bertanggungjawab melatih Anakin Skywalker yang kemudiannya berubah hala
menjadi ‘Darth Vader’ di dalam filem tersebut.
p/s : ‘Hidayah’ untuk memeluk agama Islam merupakan satu kurniaan istimewa
dari Allah yang tiada terhingga nilainya kepada setiap insan dan hanya
diberikan kepada mereka yang terpilih sahaja tanpa boleh dipaksa-paksa.
Sumber : Zamzulkahiri
org lain berlumba2 masuk agama islam yg si bodoh2 sbuk berlumba jadi murtad,,
ReplyDeletealhamdulillah ^^
ReplyDelete@sh3da {naiv3}alhamdulillah
ReplyDeletewaa.. Alhamdulillah ... Semoga beliau terus menikmati nikmat Islam~
ReplyDeletealhamdulillah,, nak share,, tapi tak leh copy kat sini,, merajuk kang,, wekk,, hahaha... tq for the info k.. :D
ReplyDeletealhamdulliah.. rasa cm nak menangis bace ni.. padahal lum masuk Islam (lagi). tp bila dia (atau sape2) tertanya-tanya apa tujuan kita hidup kt planet ni, bukan hanya makan, tido, beranak, berseronok macam binatang, Insyaallah akan diberi hidayah.
ReplyDeletemari doa ramai2 utk dia.
Just when I think the world is getting sick, this lights up my day.
ReplyDeleteaku suke lakonan die dalam filem Kingdom of Heaven dan tak lupa suara latar dia utk karakter singa Aslan dlm filem Narnia..
ReplyDelete