Tuesday, 10 January 2012

Artis : Kasut Rekaan Neelofa Untuk Perkahwinan Ezlynn Bernilai RM20,000 (2 Gambar)


Majlis resepsi perkahwinan penyanyi Ezlynn pada 11 Januari ini bukan sahaja bakal bergemerlapan dengan berlian dan aksesori tajaan Rafflesia Pearl Wedding, malah ia tambah berseri apabila kasut penyanyi itu mendapat sentuhan rekaan khas pelakon jelita Neelofa.

Neelofa berkata dia menerima peluang untuk menghasilkan kasut bernilai RM20,000 itu daripada perunding perkahwinan Bill Bora yang memberikan platform untuk memperagakan kreativitinya dalam rekaan kasut.

"Pada awalnya, saya memang tidak pasti untuk menerima tawaran menghasilkan kasut perkahwinan Ezlynn kerana saya tidak pernah mereka kasut untuk majlis perkahwinan sebelum ini, apatah lagi untuk seorang selebriti.

"Kepercayaan yang diberikan itu menyuntik keyakinan kepada saya. Saya mengambil masa selama sebulan sejak Disember lalu untuk membuat kajian dan menyiapkan rekaan terbaik yang bersesuaian dengan tema musim luruh di Sepanyol itu," katanya selepas menghantar kasut tersebut untuk dicuba oleh Ezlynn, petang Isnin.


Bercerita lanjut, Neelofa berkata idea rekaan kasut tersebut diperoleh secara spontan ketika dia sedang mengelamun sebelum melelapkan mata pada minggu terakhir, Disember lalu.

"Sebelum ini, saya sudah melakukan beberapa draf dan pengubahsuaian pada rekaan kasut tersebut sehinggalah ilham muncul secara spontan sebelum saya masuk tidur pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu.

"Selepas itu, saya mula melakukan pengubahsuaian terakhir sebelum menghantar rekaan muktamadnya kepada pengeluar dan siap dihantar kepada Ezlynn pada petang Isnin," katanya. 

Kasut berwarna emas yang menggabungkan renda, permata Rafflesia dan berlian Swarovski itu direka bentuk agar sepadan dengan baju pengantin rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd.

Majlis resepsi itu akan berlangsung pada Rabu ini di Hotel Crowne Plaza Mutiara dan bakal diserikan dengan paduan warna tema emas, kuning dan perang.

Ezlynn sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Adam Fahmi, 35, pada 20 November lalu dalam satu upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di sini. 

Sumber : Here 

42 comments:

  1. oleh sbb aku lelaki,jd pd pndangan mata aku,rekaan ni sm je kt kdai2 biase...
    xtau pd pndngan mata pmpuan.tggu pmpuan komen plak.hehehee...

    ReplyDelete
  2. yg nieyh komen pmpuan, tak cantik mane pn. same je cam kedai bese. tp tak taw lar an, sbb aku jnis pmpuan yg bkn suke pkai mende2 yg style feminin sgt cmtuh. :)

    ReplyDelete
  3. @Anonymous ni pun komen perempuan yg feminin dan suka pakai kasut mcm tu: bg aku bahagian sisi tepi dan tumit cantik sangat, tp bahagian depan biasa sangat dan simple. erkkk

    ReplyDelete
  4. NI pun perempuan komen..
    kasut ni nampak common la...stail sume lebih kurang je dgn kasut yg sedia ada..xkira la dari bahagian tepi, depan, belakang, bawah....

    maybe yg lainnnye tang bahan yg die guna tu je la....RM20 000 untuk kasut semata-mata....urm -.-"

    ReplyDelete
  5. NI laki yg selalu teman awek shopping :
    erm ok la design die, aku lebih tertarik tengok muke die yg cun daripada rekaan kasut die.. =.=

    ReplyDelete
  6. eh biase je,,kasut vincci yg x smpai seratus lg lawo,,maybe sbb pearl tuh kot jd mhal gile,,tp x la lawa mane :p

    ReplyDelete
  7. Sangat simple n RM 20 000 is not worth it. Boleh dapat murahh kot dari tu. as berlian pun tak banyak sgt . opsss =p

    ReplyDelete
  8. ni komen perempuan yang ada berpuluh pasang kasut dekat rumah, design takde la lawa mana. macam amek kasut dekat pasar malam, letak diamond2 camtu je. hihi. sori neelofa, tapi betul pe aku cakap tu.

    ReplyDelete
  9. ni komen dr penjual kasut..neelofa xdesign kasut tu..malahan smua kasut yg dia jual kt fb dia tu smua dtg dr china..kasut yg sama kt atas ni kos bru rm35..sian ezlynn byr rm20k..sian2

    ReplyDelete
  10. sangat hodoh. kalau dertatahkan berlian dan emas padu masuk akal juga 20k

    semua kena tipu

    ReplyDelete
  11. kesian sungguh kasut yg mahal, tp rekaan camtu2 je..huu..

    ReplyDelete
  12. honestly aku tgok mmg x seberape la..tang dpn tu,lgsng x menarik minat ku as women..aku tkut ezzlyn jatuh la time pakai nnt ..kuangkuangkuang..

    ReplyDelete
  13. nampak biasa jer pn.. 20k..ermmm..x berbaloi..

    ReplyDelete
  14. ni dr pmpuan yang takla minat pakai high heels dan tak minat peep toe shoes. tp dr segi rekaan, tak best lah. dan tak suker bling2 sngt.

    tp yg paling ralatnyer, last2 pakai kat kaki gak. tak sanggup nk pijak duit puluh ribu.

    baik beli kasut yang berpatutan tp banyak jenis. ade la gak tukar2 kasut pegi keje. drpada beli sebijik tp mahal mentakedarah.. haha

    ReplyDelete
  15. Ni komen dari pompuan yang suka berfesyen & suka shopping kasut.... rekaan ni nmpk biasa je... berlian tu je buat nmpk vogue....tp tu pun pas tau yg tu berlian kuikuikui....

    ReplyDelete
  16. Ni pondan komen.. "Burukk nyahhh!!!"

    ReplyDelete
  17. ni komen dr pompuan yg shoeholic :P
    rekaan 2 biase n simple bg pndgn ak sbbnye material yg digunakn 2 biase yg mmbuatkn mahal smate2 brlian swarovski pearl y "rafflesia" taja..dr pndgn ak, lagi cantik klo die dsigned "pump" dr "peep toe"..FYI trend heels for 2012 da xgne platform shoe as far as i know from fashion info n mag..neway nice try neelofa at least ade bakat jdi shoe dsigner :)

    ReplyDelete
  18. klo die designed strapy heels lg cantek...

    ReplyDelete
  19. ni jantan sejati komen lak : gila huduh kasut 2..mcm jerawat dh ak tgk batu2 pearl2 tuh...hahahahaha

    ReplyDelete
  20. Aku tgk biasa je.. Maybe sbb kualiti gambar kot.. Ce klu photoshop kn sket.. ok la sket kot. tp klu x cntik, stil xkn cntik jgk...

    Aku nmpk cm kasut kt pasar mlm je. Kst yg aku bru beli lgi cntik kot. RM10 je.. Pasar malam pulai.. haha..

    ReplyDelete
  21. nie laki yg slalu teman gf gi kedai kasut, dari dlu sampai skrg aku msh x tau n x faham apa yg ada pada kasut pmpn,aku tgk suma nya sama je..bila awek ak tny cantik ke x kasut yg dia pilih, aku cakap je cantik sbb nak jg hati dia...tang mana yg cantik tu pun ak x tau...=.='

    ReplyDelete
  22. ni komen dari perempuan yang rasa rekaan kasut tu sgt common. for 20k, aku rase baik beli manolo blahnik or laboutins. tq

    ReplyDelete
  23. and the batu permata and so blaa bla bla, nmpk cheap. sorry to say

    ReplyDelete
  24. ni komen dr cucu tauke kasut..the only thing to describe the shoes is bitchyness

    ReplyDelete
  25. ni komen dari neelofa...
    ala korannngg.. tq yer for the comment. neelofa will try harder next time. XOXO muahhhx LOL......

    ReplyDelete
  26. ni komen dari anak dara yang slalu teman mama pegi shopping beli kasut , alahhh .. design tu bese je aku tengok .. 20k ? tak berbaloiii

    ReplyDelete
  27. ni komen dari pembaca komen korank..so lawak komen2 korank..sakit pewooot aku..hihi

    ReplyDelete
  28. MiDoRi ChaN.... Kahkah aku siyes gelak ngan komen dorg ni... Smbil kutuk smbil bt lawak.. Tmp mmg bessshh la komen2 kt atas hehehe... Sekian trima ksh ;D

    ReplyDelete
  29. TAK CANTIK LANGSUNG PUN, BIASA JEK.. SEBAB NAMA DIA JEK TU.. SEBAB TU MAHAL... hehehehe. BIASA JE AKU TENGOK!.... KELAKAR LAH...

    ReplyDelete
  30. ni lelaki yg xde high heels komen,,
    ni kasut ea?

    ReplyDelete
  31. Kalau semua komen macam ni kan best. Ada juga lawaknya. xD

    ReplyDelete
  32. tak cantik langsung pun....20 ribu?? emmm kalo aku jadi ezlyn, aku pakai gi pasar malam je...

    ReplyDelete
  33. ni komen dari jurukamera yang suka pakai selipar jepun..

    sebenarnya kasut tu design lawa dan grand..
    tapi cuma dalam gambar nampak x cantik..
    sebb lighting dan angle gambar yng tak sesuai..
    kalau jurugmbr tu x guna flash tentu kasut tu nmapk lawa...

    ReplyDelete
  34. nI komen dari wanita yg jaga kesihatan..
    kasut 2 ok2 je..
    sakitkan kaki..
    klu tersepak sape2 sure pendarahan teruk..

    ReplyDelete
  35. bagi i...kasut tu tak penting mane pon...neelofa tu yg penting...ahahaha

    ReplyDelete
  36. ni komen dr wanita yang paling comel di dunia : memang x lawa pon kasut tu . hahahaa

    ReplyDelete
  37. neelofa yang penting??
    bodo ape kau ni
    dia ada bg kau mkn ke?
    dia 2 klau baik & tutup aurat ta pe
    drpd kau ckp neelofa 2 pntg baik kau ckp nabi kte pntg.
    dia bg kte jln hidup, ptunjuk, pndekatan kpd tuhan.
    neelofa ni dia buad apa yg kau ckp dia pntg?
    tnjuk buah dada? pornstar?

    ReplyDelete
  38. A great post - I continually feel that it's less simple than I previously thought.

    ReplyDelete
  39. Thanks for sharing that. It was fun reading it. :-)

    ReplyDelete
  40. Thank you, that was just an awesome post!!!

    ReplyDelete