Seorang wanita yang mempunyai berat badan berlebihan tidak berjaya memanjat tangga di dalam rancangan Wipeout Australia. Lalu dia dibantu oleh dua orang lelaki penyelamat. Tapi seorang daripada lelaki itu telah melakukan sesuatu diluar jangkaan. Jom kita tengok..
Kondom getah yang pertama di dunia telah dicipta pada tahun 1855. Jom kita tenogk proses terakhir sebelum kondom dipaket dan dijual iaitu proses untuk menguji ketahanan dan kekukuhan getah kondom.
Heavy Gustaf atau Great Gustaf dan Dora merupakan dua senjata yang mempunyai kaliber terbesar dan mempunyai peluru terberat di dunia yang pernah dicipta. Senjata ini telah dicipta oleh tentera Jerman semasa perang dunia kedua. Great Gustav telah dirampas oleh askar US dan Dora telah dimusnahkan unutk mengelakkan dari ianya dirampas oleh Red Army. Great Guztav ini ialah seberat 13750 tan dan berupaya menembak peluru seberat 7 tan sejauh 37 kilometer.
Hari ini akan berlaku lagi untuk kali keduanya kejadian Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10.12.2011 pada sekitar pukul 10.05 malam sehingga 10.57 malam, ianya berlangsung lebih kurang selama 48 minit. terdahulu pada pertama kali fenomena ini pada tahun ini berlaku iaitu pada 16.6.2011 pada pukul 1.25 pagi sehingga pukul 6.59 pagi.
Kita sebagai umat islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh seperti yang dijangka. Umat islam juga digalakkan mengerjakan ibadat tersebut berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim yang antara lain menegaskan supaya mendirikan solat dan berdoa apabila melihat gerhana.
Panduan Solat Sunah Gerhana Bulan (Solat Sunat Khusuf)
Niat: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)
Cara-cara
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
Pelaksanaan
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara : Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; manakala gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan dikuatkan suara seperti mana-mana solat malam.
Cara Pertama: Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua: Disebut dengan “ ال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.
Cara Ketiga: Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Waktu
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Marilah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. InsyaAllah.. Selamat beramal..
Donna Eljammal yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang memakai tudung. Demikian dilaporkan Metro Se, Rabu (7 / 12).
Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung. "Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya.
Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi mungkin, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa perdebatan. Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.
"Saya membesar di Piteå kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi," jelasnya.
Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya.
Lagi gambar-gambar Donna Eljammal, polis wanita Islam pertama bertudung di Sweden.
Seorang ejen insuran yang juga seorang pelajar universiti di Singapore telah melakukan striptease di depan camera untuk mendapatkan client dengan cara mudah secara online. What a pathetic move girl..