Monday, 12 December 2011

WTF : [Video] Perompak Ber'Helmet' Guna Batu Untuk Rompak Pengguna ATM di China


Dalam masa tiga hari, dua kes rompakan dengan teknik terbaru ini telah berlaku ke atas pengguna ATM di China. Perompak akan datang dengan topi keleder dan membawa batu untuk mencederakan pengguna ATM sehingga tidak mampu untuk melawan. Kes pertama, seorang mangsa bernama Cik Hu telah dirompak 3000 RMB. Kes kedua, mangsa adalah Encik Tong dirompak dengan teknik yang sama tetapi memakai topi keleder berlainan warna. Dia telah dirompak 47,000 RMB yang dia cuba untuk masukkan dalam akaun dan sebuah iPhone 4. Beberapa hari kemudian seorang lagi yang menjadi mengsa. Namun selepas beberapa kali, polis berjaya menangkap seorang suspek yanf disyaki merompak lebih dari 80,000 RMB dengan teknik ini. Apa-apa pun anda semua kena berhati-hati semasa di ATM. Kalau boleh, ambil di pusat beli belah yang ramai orang kerana kita tidak tahu bila kejadian yang tidak diingini berlaku.



2 comments:

  1. kalau jumpa dia bukan batu yang dapat dosa pun dapat

    ReplyDelete
  2. G mmpos la......bkn ngra kita pn.....china ja pn...

    ReplyDelete