Friday, 23 December 2011

WTF: [Video] Penjaga Gol Pertahankan Diri Dari Dipukul Peminat Tetapi Dilayan Kad Merah

Penjaga Gol Pertahankan Diri Dari Dipukul Peminat Tetapi Dilayan Kad Merah
Perlawanan Ini berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia antara Ajax dan Az Alkmaar terpaksa diberhentikan di Arena Amsterdam, Belanda. Selepas 37 minit, Ajax di depan dengan jaringan Van Der Wiel , tiba-tiba seorang peminat yang dikatakan mabuk berlari ke dalam padang untuk menyerang penjaga gol Az Alkmaar. Penjaga gol kemudian membalas dengan menyepak peminat tersebut. (untuk mempertahankan dirinya) Pengadil terus berlari ke arah penjaga gol dan melayankan kad merah. Jurulatih yang terkejut dengan insiden tersebut menyuruh semua pemain untuk keluar dan menyeru pengadil untuk membatalkan perlawanan tersebut. Ini alasan jurulatih : 
"Our players did not feel safe on the field,"
"We took a shower and went home. This does not belong in football and then we also get a red card. Now it's wait and see what the KNVB does."
Peminat yang ditahan tersebut disyaki di bawah pengaruh alkohol dan dia menyatakan dia benci dengan penjaga gol jadi dia bercadang untuk menyerangnya. WTF!
p/s: memang betul tindakan jurulatih tersebut kerana mungkin ramai lagi peminat akan berlari ke dalam padang untuk menyerang pemain selepas itu. Adalah wajar untuk dia menyuruh pemain dia keluar dari padang. Apa pendapat anda?



 Video insiden :

4 comments:

  1. susah jgak kalau ref ni x bt apa2 kan. nak bg kad kat penonton yg dtg serang tu, dia x main bola. haishhhhhh kalo aku pun jd ref tu, aku bg kad sorang satu kita open table maen pakau lagi baguih.

    ReplyDelete
  2. dia sepak orang tu samalah, macam dia sepak bola.

    ReplyDelete
  3. tpi die sepak pon kaki je...kire orait la tu...dri sepak badan ke kepale ke..

    ReplyDelete
  4. spttnya dia kena profesional.. tak payah lawan atau tendang mamat tu, just defend diri sendiri.. confirm dia selamat dari kad merah..

    ReplyDelete