Saturday 31 December 2011

Serius : Selebriti Tanahair Mengaku Dirinya Seorang Rasul


Admin share berita ini kerana terkejut dengan pengakuan selebriti ini. Korang rasa selebriti yang dimaksudkan di bawah ini??
KUALA LUMPUR: Mengaku dirinya rasul, mampu mengampunkan dosa pengikut, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa antara fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air.

Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.

Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.

“Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar,” katanya kepada Harian Metro.

Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan.

10 comments:

  1. sepa la kunun org 2?..

    ReplyDelete
  2. siapa agknya ?? mungkin bob lokman .. kowt !

    ReplyDelete
  3. ye ke...bob lokman ke?

    ReplyDelete
  4. bongokz hensem no klu bob!

    ReplyDelete
  5. x baik tuduh2 tanpa bukti.

    ReplyDelete
  6. kalau harian metro atau utusan yang tulis berita cam ni, sorry lah aku nk percaya akhbar boneka BN/UMNO tu. diorang sama bangang nya mcm si ketua perkasa yang race obsessed ibrahim ali tu. suka buat cerita yg bukan2 utk buat sale naik.

    ReplyDelete
  7. Spe2 pn x ksh la..jgn pcye pd org cmni dh la..ak bukan pembangkang,ak blh dkatekan pnyokong krajaan skrg r..tp x fanatik.sbb ak tgk truk tol media malaysia..berat sblh..klo takat brt sblh, bek xpyh..nk buruk2kn parti len d media..x adil..xtau la ak pe yg x kena ngn politik Malaysia..

    ReplyDelete
  8. bangang+giler artis ni. dia mamai agaknya time wat pengakuan cam tu. haihhh...politik suck!

    ReplyDelete
  9. tak baik tuduh2 org tanpa bukti..

    ReplyDelete