Thursday, 8 December 2011

RIP : Pusuke, Anjing Tertua Di Dunia Telah Mati (2 Gambar)


Pusuke, anjing yang disenaraikan di Guinness Book of World Records sebagai anjing tertua di dunia mati di rumah tuannya di Jepun hari ini. Umur anjing ini ialah 26 tahun, bersamaan dengan 117 tahun umur manusia.

Menurut pemilik anjing tersebut, Yumiko Shinohara, anjingnya sebelum ini masih aktif dan dapat makan dengan baik sehinggalah kesihatannya merosot beberapa hari lalu. Katanya, Pusuke sejak Isnin lalu mula enggan makan dan menghadapi kesukaran untuk bernafas. 


Anjing tua itu mati beberapa minit selepas Shinohara sampai ke rumah dari bersiar-siar. 

” Saya rasa Pusuke menunggu saya pulang,” katanya.

Dilahirkan pada April 1985, anjing ini diiktiraf sebagai anjing tertua di dunia pada Disember lepas.




Sumber : MNH

8 comments:

  1. http://says.my/enrulz/maxis-hotlink-yuna

    http://says.my/enrulz/wwf-

    ReplyDelete
  2. alahai dah tua pon cantik lg

    ReplyDelete
  3. xphm ngn ayat ni..ada sape2 leh xplain x?

    "umur anjing ini ialah 26 tahun, bersamaan dengan 117 tahun umur manusia.."

    kiraan utk umur anjing xsama ngn umur manusia eh? atau camne tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya umur haiwan tak sm dgn kt lh...cb km lhat anak 1 tahun msh kcil kn?cb km lhat anjing 1 tahun dh bsar lh

      Delete
  4. anon : iyer..kiraan umur anjing ni lain dgn manusia..bleh cari dkt internet yer.. atau refer website nih.. http://www.dogbreedinfo.com/age.htm

    ReplyDelete
  5. tgk muka anjing nie terngat plak crita HACHIKO :')

    ReplyDelete