Tuesday 13 December 2011

Info : Saiz Badan Boleh Menjejaskan Sperma


Penyelidikan menunjukkan bahawa obesiti boleh mengurangkan sperma pada lelaki dan juga akan mengurangkan peratusan kejayaan dalam rawatan persenyawaan In-Vitro (IVF). Berat badan yang terlampau akan menjejaskan perembesan hormon dalam badan yang mana akan mengganggu fungsi reproduksi wanita dan lelaki.

Lelaki yang mempunyai berat badan yang tinggi, dilaporkan mempunyai jumlah sperma yang kurang berbanding dengan lelaki yang mempunyai berat badan ideal.

Bagi merungkai dilema lelaki obesiti dan hubungan seks, Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Thambi memberitahu, obesiti dan kesuburan memang saling berkaitan. Dalam hal ini, lelaki obesiti dilihat mempunyai kemampuan syahwat yang rendah.

Menurut Dr. Ismail, golongan ini sering berasa letih dan saiz perut yang besar mengganggu keselesaan ketika melakukan hubungan seks.


“Dalam hubungan seks, kemampuan seksual lelaki bersaiz besar sering menjadi persoalan. Kebiasaannya, kita sering mempertikaikan kesuburan wanita obes tetapi sebenarnya lelaki juga mengalami masalah yang sama. Ini kerana lelaki obes mempunyai sperma yang tidak aktif atau berkurangan,” ujarnya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai masalah ini, sperma yang terletak di dalam kerandut di luar buah zakar sebenarnya tidak boleh berada pada suhu 35 darjah Celsius ke atas.

Kebanyakan lelaki obes tidak menyedari, ketika mereka duduk, lemak pada bahagian perut akan bersentuh dengan kerandut zakar. Kerandut akan menjadi panas hingga menyebabkan sperma menjadi kurang atau tidak aktif.

“Saya menasihatkan mereka supaya tidak memakai seluar atau pakaian ketat yang boleh menyebabkan suhu kerandut menjadi tinggi. Selain ubat subur, lelaki obes boleh menggunakan pek ais dan meletakkan di bahagian kerandut untuk menurunkan suhu. Ini boleh dilakukan ketika mereka duduk atau berehat. Selain itu, selepas setahun berkahwin dan mereka masih belum mempunyai zuriat, saya nasihatkan supaya segera berjumpa pakar sakit tuan. Melalui pemeriksaan tahap hormon dan sperma, kita boleh mengukur tahap sperma dan rawatan berikutnya boleh dilakukan,” ujarnya.

Selain itu, orang yang obes itu juga dinasihatkan tidak merokok, menjauhi sauna atau jangan berendam dalam air panas. tambah Dr. Ismail, aktiviti-aktiviti ini boleh meningkat suhu kerandut tadi dan menjejaskan fungsi sperma.


Antara rawatan yang boleh dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah ini adalah:

Laporoskopik Boleh Ubahsuai (LAGB)

* Rawatan ini ialah sejenis lingkaran silikon lembut dengan belon elastik yang boleh menggelembung apabila disuntik mengikut keperluan individu.
* Melalui kaedah ini perut tidak akan dibedah atau dirosakkan dengan stapel bahkan lingkaran boleh ditanggalkan dengan mudah tanpa merosakkan anatomi perut.
* Kelebihan LAGB ialah sifatnya yang berbalik iaitu pengikat boleh dikeluarkan dan perut kembali kepada bentuk asal.
* Ia selamat, berkesan dan mengekalkan pengurangan berat badan untuk jangka panjang.

Pintasan Gastrik

* Kaedah ini juga dikenali sebagai pintasan perut ialah kombinasi elemen sekatan dan tidak serap.
* Sekatan dilakukan dengan membina kantung perut yang kecil bersama pengalir keluar yang halus supaya mempercepatkan rasa kenyang.
* Penyerapan gizi makanan akan berkurangan melalui pintasan.
* Pengurangan serapan makanan bergantung pada ukuran bahagian yang dipintas di saluran usus.

Sleeve Gastrectomy (SG)

* Ia merupakan bahagian yang terhad daripada teknik Biliopancreatic Diversion (BPD).
* Secara teknikalnya, pembedahan ini boleh dilakukan dengan mudah dan pantas.
* Ia juga mengurangkan risiko sindrom buang (dumping) dan usus tersumbat. Namun ia tidak bersifat berbalik dan kesan jangka panjangnya tidak diketahui.





Sumber : Here

No comments:

Post a Comment