Tanggal 25 Disember merupakan tarikh bagi sambutan Hari Krismas. Satu perayaan yang disambut oleh penganut agama Kristian. Namun apakah dibolehkan atau ditegah kita sebagai seorang muslim menyambut dan mengucapkan ‘Selamat hari Krismas’ kepada orang Kristian?
Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam
Keputusan:Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Keputusan :
Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;
1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.
Contohnya;
i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.
2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.
Contohnya:
i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii.Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.
3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menjolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.
4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.
Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;
iv.Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.
5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.
Ibnul Qayyim berkata, “Hendaklah behati-hati jangan sampai terjerumus sebagaimana orang-orang bodoh, ke dalam ucapan-ucapan yang menunjukkan redha mereka terhadap agamanya. Seperti ucapan mereka, “Semoga Allah membahagiakan kamu dengan agamamu”, atau “memberkatimu dalam agamamu”, atau berkata, “Semoga Allah memuliakanmu”.
Memberi ucapan tahni’ah kepada orang-orang kafir hal-hal yang diperbolehkan (mubah) adalah dilarang jika mengandungi makna yang menunjukkan rela kepada agama mereka. Adapun memberikan tahni’ah atas hari-hari raya mereka atau syi’ar-syi’ar mereka adalah haram hukumnya dan sangat dikhuwatirkan pelakunya jatuh kepada kekufuran. (Sheikh Dr. Soleh Bin Fauzan al-Fauzan, Kitab at-Tauhid, jil. 1 di bawah tajuk al-Wala’ wal Bara’)
Sumber : Here
sbenarnya,hal agama ni tak leh diungkit terlalu sensitive...semua org ada kepercayaan masing2...
ReplyDeletetapi bagi org yg tak kisah mybe lah dia org akan ucap... coz mrka pun nak merasa juga mcm mana org christian sambut chrismas... ( jgn kata org christian bodoh... ) sebelum berkata mesti fikir dulu beb...
bodoh sial punya hukum...mcm anjing dowhhhhhhhhhhhhhh...........
ReplyDeleteMonkey king
ReplyDeletePeringatan ni utk umat Islam je la,apsal org kristian nk butthart plak?
ok la tu utk korang... baik jgn bagi join la pa2 event.. nti kitorang pla yg buat rules walaupun ahli jemputan.hhihi
ReplyDeletebukan bmkasud untuk mghina agama kristian k, fhm btul2..peringatan untuk umat islam..yg b'agama lain pun mst ada panduannya yg tsendiri. :)
ReplyDelete2nd last anonymous..hormatilah orang lain...ko tu dah cukup ke kewajipan ko dalam agama ko?ko agama ape ea?kalau ko Islam...ak basuh ko habis2...
ReplyDeletetibe2 yg bukan islam nk terasa.. ceh!
ReplyDeleteAdmin, sila buat sesuatu. I'm sure u know wat i meant. Agama hal sensitif. Bijak pandai manusia dlm agama, it's on their own. Thanks.
ReplyDeletekamu ingat islam 2 baik sangat?? selfish sangat, kalau tak nak sambut perayaan agama lain duduk diam2 kat umah,takyah sibuk2 nak ngata agama org lain.fuck off!!
ReplyDeleteinilah yg berlaku bila agama dipersoalkn. ada sja hal yg brkaitan dengan agama mesti ada sja yg "melenting" masing2 mahu menegakkan agama masing2. x salah menegakkan agama masing2 kalau dengan cara yang baik dan betul. tapi kalau sudah tahap menghina antara agama itu sudah salah dan sememangnya AGAMA yang anda anuti itu x akan menjamin kehidupan kita di akhirat nanti. renung2kan.
ReplyDeletedalam artikel kat atas tu takder pun yang satu ayat yang meyindir, mengeji agama lain..hanya satu garis panduan kepada umat islam dalam menyambut perayaan kaum lain. setiap agama ada hukum sendiri..so, open your heart, open your mind.. open minded is not only the word for accepting anything that has to do with 'naked'.
ReplyDeletedear anonymous yg sebut christmas means kelahiran "anak gampang", God bless you. :)
ReplyDeletePAHAM LA BETUL2 TAK PELU GADUH2... NI UTK PANDUAN ORG ISLAM ... TAK DER APE2 PENGHINAAN PON LA DALAM NI... ASTARAFIRULLAHHALAZIM . . .
ReplyDeletePasal ni kita memeang kna thu...sbb islam adalah terikat pda hukum2nya.
ReplyDelete