Thursday, 29 December 2011

Info : Beza Antara Solat Dan Sembahyang


Beza Solat dan Sembahyang

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.” 

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datangke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.” Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka.

Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh, kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.

Solat lebih tepat istilahnya Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!. 




Sumber : Here

15 comments:

  1. subnallah , aku selalu kata sembayang pasni kena tukar solat laaa pulak ! btw nice info .. peminat fanatik blog ko ni !!!! heeeeee...

    ReplyDelete
  2. @Anonymous
    sama kita.i love ASG.^^

    ReplyDelete
  3. TIDAK KIRA LA SEBUT APA SEKALIPUN, SEMBAYANG KER SOALT KER KALAU DENGAN NIAT BETUL TAKLAH BERDOSAH.

    ReplyDelete
  4. memang betul semuanya dtg dari niat. tapi apa salahnya kita betulkan jika kita dah tahu yg salah? tak salah menerima ilmu yg baik.baca la ayat terakhir di artikel diatas.

    ReplyDelete
  5. wui admin apasal aku x bleh share kat fb nie?? yg lain aku blh share tapi asalkan psal agama aku x blh share x taw la knapa >_< ! tlg saya admin !

    ReplyDelete
  6. eh yeke xleh? mungkin button share tu ade prob.. tadi kami nk share pun xdpt..terpaksa copy n paste link dkt facebook.

    ReplyDelete
  7. Sembahyang......sembahan nenek moyang

    ReplyDelete
  8. nak tanya.. kalau niat solat fardhu tu kan, kena tukar jugak lah ye? contohnya : sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Ta'ala. Tukar kpd "sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Ta'ala"?

    ReplyDelete
  9. Allahhuakbar, kena sebarkan info ini.

    ReplyDelete
  10. nak sebar celah mana, copy paste pun x ble , x kan nak print screen kot.. ;p

    ReplyDelete
  11. Hmm..apasal sentap sangat haa umat islam nie.. pasal istilah pun kelam kabut. betulkan asas solat tu dulu. pi mengaji balik segala rukun bacaan dan perbuatan dalam solat lagi bagus. ni soal bahasa pun habis kecut teloq semua. jadi cam indon la pasni..soal istilah dan bahasa pun kecoh. apa ni!

    ReplyDelete